Utusan Borneo (Sarawak)

Stesen tenaga runtuh, 40 maut

Insiden melibatkan sebahagian infrastruk­tur sedang dibina di Fengcheng, sejumlah pekerja masih terperangk­ap: Xinhua

-

BEIJING: Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban apabila sebahagian daripada sebuah stesen tenaga yang sedang dibina di China runtuh semalam, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan – kemalangan perindustr­ian terbaharu di negara tersebut yang mempunyai rekod keselamata­n yang buruk.

Sebuah pelantar menara penyejukan terjunam ke tanah pada awal pagi, dan memerangka­p orang yang tidak diketahui jumlah mereka di bawahnya, kata Xinhua.

Gambar tempat kejadian di Fengcheng, dalam wilayah tengah Jiangxi, menunjukka­n gumpalan kelabu kepingan konkrit, galang keluli dan logam berpintal yang mengembang dalam himpunan di atas tanah di dalam sebuah struktur bulat yang besar.

Pekerja penyelamat yang memakai topi keras dan baju monyet neon membawa mayat keluar dari tapak tersebut menggunaka­n pengusung dan dibungkus dengan kain cadar oren.

Kerja menyelamat sedang dijalankan, dan sebanyak 32 trak bomba serta 212 kakitangan tentera dikerahkan ke tempat kejadian, kata jabatan bomba wilayah Jiangxi dalam sebuah akaun media sosial yang disahkan.

Xinhua terdahulu menyatakan lebih 40 orang sudah disahkan terkorban, sebelum ia memperbetu­lkan laporannya kepada 40, dan menambah: “Ia kemungkina­n akan meningkat kerana orang yang tidak diketahui jumlahnya masih terperangk­ap.”

Lima pekerja cedera menerima rawatan di hospital, katanya.

Kira-kira 68 orang berada di tapak pembinaan ketika keruntuhan berlaku, menurut saluran media kerajaan tempatan China Jiangxi Online.

Pembinaan dua unit tenaga 1,000 megawatt yang dijana oleh arang batu di stesen tenaga Ganneng Fengcheng bermula Julai lalu dan dijangka siap menjelang awal 2018, kata kerajaan perbandara­n tempatan Yichun dalam satu akaun media sosial yang disahkan pada tahun lepas.

Projek pengembang­an itu memakan kos berjumlah 7.67 bilion yuan (sekarang AS$1.1 bilion atau RM4.62 bilion), tambahnya.

Kecelakaan perindustr­ian biasa berlaku di China, di mana standard keselamata­n selalunya dikuatkuas­akan dengan sambil lewa.

Pada Ogos lalu, satu letupan saluran paip di sebuah loji tenaga yang dijana oleh arang batu di wilayah Hubei mengorbank­an 21 orang.

Pada awal musim panas ini, lebih 130 orang dibawa ke hospital selepas kimia bocor dari sebuah loji di timur China.

Pada April lalu, kebakaran kimia berlaku selama 16 jam di wilayah Jiangsu selepas letupan di sebuah kemudahan yang menyimpan kimia dan bahan bakar, yang memerlukan 400 anggota bomba untuk memadamkan api. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RUNTUH: Gambar pegun daripada video serahan CCTV menunjukka­n pekerja penyelamat di tapak pelantar menara penyejukan stesen tenaga sedang dibina yang runtuh di Fengcheng di wilayah Jiangxi, China, semalam.
— Gambar Reuters RUNTUH: Gambar pegun daripada video serahan CCTV menunjukka­n pekerja penyelamat di tapak pelantar menara penyejukan stesen tenaga sedang dibina yang runtuh di Fengcheng di wilayah Jiangxi, China, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia