Utusan Borneo (Sarawak)

Christie’s lelong hasil seni Amerika Latin AS$22.7 juta

-

NEW YORK: Christie’s kelmarin menamatkan salah satu lelonganny­a yang terbesar bagi hasil seni Amerika Latin dengan nilai AS$22.7 juta (RM95 juta), dan tujuh pelukis Cuba menarik harga tertinggi selepas minat terhadap artis di rantau tersebut meningkat.

Dalam jualan selama dua hari, Christie’s melelong hampir 300 lot bagi lima koleksi peribadi penting. Walaupun jumlah keseluruha­n kurang daripada sasaran AS$30 juta ( RM126 juta), ia tetap salah satu perolehan terbesar bagi gedung lelongan tersebut untuk hasil seni Amerika Latin.

“Keputusan mantap diperolehi bagi koleksi karya Cuba milik seorang pemilik tunggal, dengan bidaan aktif yang mendapat banyak lot, lebih daripada dua kali ganda anggaran awal,” ketua kesenian Amerika Latin Christie’s, Virgilio Garza, menyebut dalam satu kenyataan.

“Lelongan ini bermakna lukisan moden Cuba sudah kembali,” tambahnya.

Pembeli dari 36 buah negara menyertai bidaan.

‘Sandias’ (‘Tembikai’) oleh artis Mexico, Rufino Tamayo, satu karya warna terang yang hampir abstrak, menarik harga jualan tertinggi: AS$2.16 juta (RM9.1 juta) selepas satu pertarunga­n telefon di antara dua pembeli.

“Subjek bagi lukisan Tamayo ‘ Tembikai’ mungkin antara yang paling penting dan pa- ling kerap berulang dalam karyanya. Dan dia sangat peribadi, hampir nostalgik tentang zaman kanakkanak­nya dan bangsanya, kaum Oaxaca,” kata seorang pakar kesenian Amerika Latin, Marisol Nieves, kepada AFP.

Tujuh artis Cuba memperoleh­i harga tertinggi bagi karya mereka – enam modenis dan satu kontempora­ri – termasuk Mariano Rodriguez untuk ‘Pelea de gallos’ (‘Sabung Ayam’) yang dijual dengan harga AS$1.08 juta (RM4.54 juta).

Kebanyakan karya Cuba berkenaan datang daripada seorang penjual Cuba-Amerika yang tidak dikenali dan tinggal di Florida selepas dia mengumpul koleksi hasil seni moden Cuba yang mengagumka­n selama lebih 30 tahun.

Warga Cuba lain yang mencapai harga tertinggi bagi karya mereka adalah Esterio Segura, Fidelio Ponce de Leon, Carlos Enriquez, Rene Portocarre­ro, Victor Manuel dan Domingo Ramos.

Dua artis lain memecah rekod mereka sendiri di lelongan itu: Pablo Atchugarry dari Uruguay untuk satu arca marmar yang dijual dengan harga AS$ 439,500 ( RM1.85 juta), dan Guillermo Kuitca dari Argentina bagi karyanya ‘Deng HaagPraha’ yang dilukis atas tilam untuk Biennale de Sao Paulo pada 1989, yang dijual dengan harga AS$ 511,500 ( RM2.15 juta). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia