Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan gegar pejabat gabenor di selatan Turki

Dua maut, lebih 12 lagi tercedera, kumpulan pelampau disyaki bertanggun­gjawab

-

ISTANBUL: Satu letupan membunuh dua orang dan mencederak­an lebih 12 orang lain di luar pejabat gabenor di bandar Adana, selatan Turki semalam, kata media kerajaan, beberapa minggu selepas Amerika Syarikat ( AS) memberi amaran bahawa kumpulan pelampau sedang merancang serangan.

Rakaman video menunjukka­n sebuah kenderaan terbakar di tempat letak kereta di luar bangunan tersebut dan asap hitam tebal naik ke langit di bandar tersebut, 40 kilometer dari pantai Mediterran­ean Turki.

Tingkap pecah dan beberapa bahagian depan bangunan, setinggi kira-kira enam tingkat, rosak.

Adana berada kira- kira 16 kilometer dari Pangkalan Udara Incirlik, yang digunakan oleh tentera AS untuk melancarka­n serangan ke atas puak militan di Syria.

Keluarga kakitangan tentera AS diarah meninggalk­an Adana dan bahagian lain di Turki pada Mac lalu ekoran kebimbanga­n mengenai keselamata­n.

“Keganasan celaka terus menyasari rakyat kita. Kita akan memerangi keganasan ini hingga ke akhir demi umat manusia,” Menteri Hal Ehwal EU Turki Omer Celik menulis dalam Twitter, dan memberitah­u beliau sudah bercakap dengan gabenor Adana.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggun­gjawab. Anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK), Negara Islam dan militan haluan kiri sudah melancarka­n serangan bom di Turki sejak beberapa tahun yang lalu.

Agensi kerajaan Anadolu memetik gabenor wilayah Mahmut Demirtas sebagai berkata dua orang maut dan 16 cedera semalam.

Anadolu berkata letupan itu, yang berlaku sejurus selepas jam 8 pagi, berlaku dari sebuah kenderaan yang berada di hadapan bangunan.

Konsulat Jeneral AS di Adana memberi amaran tiga minggu lepas bahawa kumpulan pelampau “meneruskan usaha agresif untuk menyerang warga AS dan orang asing lain di Adana”.

Jabatan Negara pernah memberi amaran kepada warga AS untuk mengelak daripada melakukan perjalanan ke tenggara Turki. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAKAR: Gambar serahan Agensi Berita Ihlas menunjukka­n anggota bomba cuba memadam api yang menyelubun­gi sebuah kenderaan selepas satu letupan membunuh dua orang dan mencederak­an lebih 12 orang lain di luar pejabat gabenor di bandar Adana, selatan...
— Gambar Reuters TERBAKAR: Gambar serahan Agensi Berita Ihlas menunjukka­n anggota bomba cuba memadam api yang menyelubun­gi sebuah kenderaan selepas satu letupan membunuh dua orang dan mencederak­an lebih 12 orang lain di luar pejabat gabenor di bandar Adana, selatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia