Utusan Borneo (Sarawak)

Pope Francis terima kunjungan Presiden Vietnam

-

KOTA VATIKAN: Pope Francis menerima kunjungan Presiden Vietnam Tran Dai Quang di Vatikan dalam usaha kedua-dua pemimpin itu untuk memulihkan hubungan yang sudah lama tegang, menurut satu kenyataan media dari Takhta Suci.

Kedua-dua lelaki “membincang­kan hubungan baik yang wujud di antara Takhta Suci dengan Vietnam, diperkukuh­kan oleh semangat dialog yang sama” dalam pertemuan selama 15 minit kelmarin, kenyataan itu menyebut.

Vatikan berkata keduadua negara “sentiasa mencari jalan untuk memajukan lagi hubungan” tetapi tidak mengulas mengenai kemungkina­n untuk menjalin semula hubungan diplomatik.

Rejim komunis di Vietnam memutuskan hubungan diplomatik dengan Vatikan pada 1975 tetapi kedua-dua pihak sudah menjalanka­n usaha damai sejak 2007, termasuk satu pertemuan di antara perdana menteri dan paus dua tahun lalu.

Duta kepausan di Singapura, Leopoldo Girelli menjadi “wakil kepausan bukan residen” Vatikan ke Hanoi sejak 2011.

Majoriti besar daripada 93 juta penduduk di Vietnam menyatakan mereka mengikuti tradisi Buddha, tetapi kira-kira tujuh peratus daripada populasi tersebut menyatakan mereka adalah Katolik.

Tanah Katolik yang dirampas sejak penjajahan Perancis berakhir pada 1954 masih menjadi isu perbalahan di antara gereja dan kerajaan, selain mencetuska­n demonstras­i.

Sejak beberapa tahun yang lalu, ketua-ketua gereja turut menyeru agar aktivis yang dipenjara dibebaskan dari penjara selain memperjuan­gkan kebebasan beragama di negara pemerintah­an kuku besi itu.

Paus itu ingin sekali melihat Gereja bertapak di Asia, sebuah benua di mana jumlah orang Katolik, sekarang hanya 3.2 peratus sahaja daripada populasi keseluruha­n, semakin meningkat naik.

Sejak beliau menjadi paus pada 2013, Francis sudah melawat Korea Selatan, Sri Lanka dan Filipina, dan sedang menjalanka­n usaha damai yang bersejarah dengan negara komunis China. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MESRA: Pope Francis bertukar-tukar hadiah dengan Presiden Vietnam Tran Dai Quang ketika pertemuan selama 15 minit antara kedua-dua pemimpin itu di Vatikan, kelmarin.
— Gambar Reuters MESRA: Pope Francis bertukar-tukar hadiah dengan Presiden Vietnam Tran Dai Quang ketika pertemuan selama 15 minit antara kedua-dua pemimpin itu di Vatikan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia