Utusan Borneo (Sarawak)

Pertuduhan Aidil Aziz dan dua rakan dipinda kepada miliki ganja

-

PELAKON drama Aidil Aziz dan dua rakannya nyata lega selepas pihak pendakwaan mengemukak­an pindaan pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanap­un, Aidil atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 29, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, yang bekerja sendiri dan warga Filipina, R. Guevara Cortez, 33, jurutera teknologi maklumat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di No 1, Jalan Ampang Ulu di Kuala Lumpur pada 12.40 tengah hari 24 Sept lepas mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pindaan itu dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed terhadap kesemua tertuduh ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin. Pada 7 Okt lepas, ketigatiga tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Ber

bahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Siti Radziah membenarka­n jaminan RM4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara yang diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi manakala Omar yang diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen.

Kesemua tertuduh juga didakwa secara berasingan atas pertuduhan tambahan iaitu sebagai orang yang tidak diberi kuasa didapati menggunaka­n dadah jenis ganja ke dalam diri sendiri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju di Kuala Lumpur di antara 11 malam hingga 11.20 malam, 24 Sept lepas.

Aidil dan Guevara mengaku bersalah terhadap pertuduhan tambahan itu dan masing-masing didenda RM1,500 atau dua bulan penjara serta perlu berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Omar pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan tidak dibenarkan jaminan sehingga kesnya di Mahkamah Sesyen selesai. Mahkamah menetapkan 23 Jan untuk sebutan semula kes mereka yang pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed

Turut hadir di mahkamah semalam adalah anggota keluarga tertuduh serta penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh.

— Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia