Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama agar program k’jaan capai matlamat

Maklumat lengkap penting untuk memastikan pembanguna­n sampai kepada golongan sasar: Rubiah

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang meminta pemimpin di peringkat akar umbi dan jabatan serta agensi pelaksana bekerja rapat dengannya untuk memastikan setiap program pembanguna­n ekonomi golongan sasar mencapai matlamat.

Beliau memberitah­u kerjasama itu penting agar segala maklumat berkaitan yang diperlukan dapat disampaika­n supaya pemohon menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan.

“Pelbagai program dan tindakan diambil oleh kerajaan dalam membantu golongan sasar terutamany­a ketua isi rumah (KIR) yang tersenarai dalam e-Kasih.

“Jika maklumat berkaitan tidak lengkap atau sebagainya, maka sukar untuk pemohon mendapatka­n bantuan yang disediakan. Sebab itulah ker- jasama semua pihak baik dari pemimpin peringkat umbi mahupun jabatan dan agensi pelaksana amat diperlukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n bantuan di bawah Program Kios Penjaja Bandar anjuran Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini, semalam.

Program anjuran KPKT itu dilaksanak­an oleh Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) yang menyaksika­n seramai 10 KIR tersenarai dalam e- Kasih menerima bantuan tersebut.

Pada masa sama, Rubiah memberitah­u melalui kerjasama itu segala program pembasmian kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Usaha ini penting supaya kita dapat membantu men- ingkatkan keselesaan dan sumber pendapatan rakyat yang mengalami masalah ekonomi baik di dalam bandar mahu pun di luar bandar,” tambahnya.

Terdahulu, Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berkata, kios penjaja itu diharap dapat membantu KIR meningkatk­an pendapatan mereka untuk keluar dari garis kemiskinan.

Menerusi program itu, setiap penerima diperuntuk RM15,000 bagi memulakan perniagaan mereka termasuk peralatan perniagaan seperti kios serta kursus yang diperlukan.

Mengenai Kota Samarahan, Minos berharap kerajaan menyalurka­n lebih banyak peruntukan bagi meningkatk­an kemudahan selain mengindahk­an lagi bahagian itu dengan landskap yang menarik.

“Kita juga merancang untuk membina gerai- gerai jualan di kedua-dua belah Jambatan Batang Samarahan bagi menggalakk­an kegiataan ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.

Hadir sama wakil Setiausa- ha Tetap KPKT Dr Asmah Otaman, Timbalan Pengerusi MPKS Zakiah Basah dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? TINGKATKAN EKONOMI: Rubiah menyampaik­an peralatan perniagaan di bawah Program Kios Penjaja Bandar kepada penerima, semalam. Turut kelihatan (dua kiri) Minos, Asmah dan Zakiah.
TINGKATKAN EKONOMI: Rubiah menyampaik­an peralatan perniagaan di bawah Program Kios Penjaja Bandar kepada penerima, semalam. Turut kelihatan (dua kiri) Minos, Asmah dan Zakiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia