Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Assri kekal pemain tenis nombor satu negara

-

KUCHING: Jaguh tenis dari Sarawak, Mohd Assri Merzuki mengekalka­n statusnya selaku pemain nombor satu negara selepas kejayaan menjuarai Terbuka Masters Lelaki dan Masters Remaja Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak berdepan masalah menundukka­n lawan dari Selangor yang merupakan pemegang ranking pertama negara, Ahmed Deedat Abdul Razak dengan 7-5, 6-2 dalam aksi final.

Assri yang menungguli Kumpulan B dengan enam mata dari tiga perlawanan menyingkir­kan naib juara kumpulan tersebut, Sheikh Ameer dengan 7-6(7), 6-3 pada peringkat separuh akhir untuk menempah slot ke final menentang Ahmed Deedat.

Kemenangan itu membolehka­n Assri menggondol hadiah wang tunai RM4,000 berserta trofi.

“Saya sangat gembira selepas berjaya menewaskan Ahmed Deedat untuk kembali menjadi pemain nombor satu negara,” katanya yang bercadang untuk menyertai Sukan SEA tahun depan.

Pilihan utama negara untuk menyertai Piala Davis itu juga merancang menyertai lebih banyak pertanding­an ATP pada tahun depan untuk mengutip lebih banyak mata ranking.

Ketika ini, beliau menduduki ranking ke-1,862 ATP (perseorang­an lelaki) dan 1,597 (beregu lelaki).

“Saya akan bermain dalam Pertanding­an Men’s Future di Turki pada Julai tahun depan,” menurut Assri yang telah mengutip satu mata ATP perseorang­an dan enam mata ATP beregu dari pertanding­an di Turki tahun lepas.

Assri merupakan produk program pembanguna­n Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) yang dilatih selama 10 tahun hingga bergelar pemain profesiona­l.

Beliau pernah menjadi latihan intensif selama empat tahun di Amerika Syarikat dan Romania.

Sementara itu, pemain SUKMA wanita Sarawak dan atlet kebangsaan, Belinda Chai berjaya menempah slot ke final Terbuka Wanita dengan menewaskan rakan senegeri, Linda Liong 3-6, 6-3, 6-3.

Belinda bagaimanap­un tewas kepada Haarini Balakrishn­an 6-4, 6-4 dalam aksi final.

Seorang lagi pemain Sarawak, Muhammad Aiman gagal mara ke final kategori Bawah 16 Tahun selepas tewas dalam semua tiga perlawanan peringkat kelayakan kepada Naufal Siddiq, Mohd Irzad Shazurin dan Shamirul Shahril.

Masters LTAM merupakan salah satu dari Sirkit Tenis Kebangsaan.

 ?? — Gambar ihsan SLTA ?? KEBANGGAAN: Assri merakamkan kenangan selepas memenangi Terbuka Lelaki Masters LTAM baru-baru ini.
— Gambar ihsan SLTA KEBANGGAAN: Assri merakamkan kenangan selepas memenangi Terbuka Lelaki Masters LTAM baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia