Utusan Borneo (Sarawak)

KRFC anjur Pertanding­an Ragbi Trofi Louis Simon Peter Ke-11 pada 31 Dis

-

KUCHING: Kelab Ragbi Kuching (KRFC) akan menganjurk­an Pertanding­an Ragbi Trofi Louis Simon Peter Ke-11 pada 31 Disember 2016 sebagai penutup tirai tahun ini.

Pertanding­an tersebut akan melibatkan perlawanan di antara pasukan senior dan remaja KRFC bertempat di Padang Ragbi Song Kheng Hai.

Naib Presiden KRFC, Louis Simon Peter berkata aktiviti tahunan itu diadakan untuk membolehka­n pemain senior membimbing pemain remaja selain mempromosi sukan ragbi di sini.

Setiap pasukan mengandung­i 25 pemain dan 15 pemain terlibat dalam setiap pasukan semasa perlawanan berlangsun­g.

“Pertanding­an ini juga menjadi aktiviti penutup kelab untuk 2016. Tahun ini sangat istimewa kerana pencapaian KRFC semakin meningkat menyaksika­n beberapa pertanding­an dianjurkan di Sarawak telah kita menangi,” katanya semasa menerima tajaan daripada Cash Sweep bertempat di Padang Ragbi Song Kheng Hai semalam.

Selain itu, katanya, KRFC juga telah mencungkil beberapa bakat baharu yang berjaya menjejakka­n kaki ke peringkat kebangsaan.

Tambah beliau, pemain dari seluruh negeri akan berkampung di Kuching pada hujung bulan ini untuk menyertai pertanding­an berprestij tersebut.

Menurut Louis, trofi itu dinamakan demikian sempena mengambil nama beliau yang merupakan penaja pertanding­an itu setiap tahun.

Ia akan diserahkan kepada pemenang dan disimpan oleh KRFC. Nama pemenang pertanding­an lepas turut diukir pada trofi sebelum ini.

Cash Sweep menyampaik­an tajaan berjumlah RM3,000 kepada KRFC semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Pengurus Besar Natural Avenue Sdn Bhd, Jackson Lim dan Presiden KRFC, Ahmad Yusup Shah Dato Mokhsen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia