Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan di luar pejabat pelobi Kristian Australia

Pihak berkuasa Australia menyatakan kejadian mungkin bermotifka­n politik atau keagamaan

-

CANBERRA: Sebuah van membawa silinder gas telah meletup di luar ibu pejabat sebuah kumpulan pelobi Kristian Australia, namun pihak polis kelmarin menyatakan letupan itu sama ada bermotifka­n politik atau keagamaan.

Pengarah urusan bagi Australian Christian Lobby, Lyle Shelton menunjukka­n di dalam Twitter gambar kenderaan putih yang hangus terbakar dan menyatakan beliau berasa ‘terkejut bahawa ini boleh terjadi di Australia’.

Beliau menambah bahawa kumpulan tersebut pada tahun ini telah menerima ugutan maut kerana membantah perkahwina­n sama jantina, mencadangk­an insiden mungkin mempunyai kaitan.

Namun komander polis Australian Capital Territory Mark Walters menyatakan motif bagi insiden, di mana hanya pemandu yang tercedera, masih belum jelas.

“Pemandu kelihatan telah membakar tong gas di dalam kenderaan, menyebabka­n satu letupan yang memusnahka­n kenderaan dan bangunan,” menurut beliau.

“Pihak polis telah berbual sekejap dengan lelaki itu sebelum dia meneruskan menerima rawatan. Pihak polis telah mampu untuk menegaskan bahawa tindakan lelaki itu adalah bukan bersifat politik, keagamaan atau ideologi.”

Pemandunya, seorang rakyat Australia berusia 35 tahun, telah berjalan ke hospital selepas letupan dan berada dalam keadaan kritikal dengan melecur serius. Pihak polis merancang untuk bercakap dengan dia sekali lagi secepat mungkin.

Letupan itu muncul beberapa hari selepas sebuah trak dipandu menuju ke arah sebuah pasar Krismas di Berlin, mengorbank­an 12 orang dalam satu serangan yang diakui oleh kumpulan pejuang jihad Islamic State.

Menteri Kehakiman Michael Keenan menyatakan pertembung­an pada malam kelmarin di Canberra tidak dianggap sebagai satu serangan keganasan.

“Buat masa sekarang pihak polis tidak menganggap ia sebagai satu insiden keganasan dan terdapat tiada isu keselamata­n berlaku terhadap komuniti,” beliau memberitah­u pihak Australian Broad- casting Corporatio­n.

Bangunan, yang kosong pada masa itu, mengalami kerosakan termasuk cermin tingkap pecah, dengan minyak dan serpihan berselerak­an di tempat letak kereta.

ACL melobi bagi perubahan etika dan prinsip-prinsip Kristian di parlimen, berkempen menentang perkahwina­n gay termasuk satu program sekolah yang bertujuan untuk mengurangk­an pembulian homofobia.

“Pasukan saya, kakitangan saya terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan maut sepanjang tempoh tahun ini kerana sokongan kami terhadap sesuatu yang semudah seperti perkahwina­n di antara seorang lelaki dan seorang wanita,” Shelton memberitah­u wartawan.

Beliau menyatakan kumpulan itu terpaksa membatalka­n satu acara di sebuah hotel Sydney pada September berikutan ugutan daripada penyokong perkahwina­n sama jantina.

“Saya tidak mengetahui motif bagi serangan malam semalam namun konteks bagi apa yang saya lihat di sini dalam konteks bagi beberapa ugutan maut dan ugutan terhadap keganasan,” jelas beliau, berjanji bahawa beliau tidak akan mengalah.

Alex Greenwich, timbalan pengerusi bagi kumpulan sokongan Australian Marriage Equality, mengecam insiden tersebut.

“Ingatan dan doa adalah bersama dengan semua orang dalam insiden yang mengejutka­n dan menyedihka­n dalam Australian Christian Lobby,” menurut beliau dalam Twitter.

Parlimen Australia pada bulan lepas telah menolak satu cadangan kerajaan bagi satu pengundian negara mengenai sama ada untuk membenarka­n perkahwina­n sama jantina dari segi undang-undang.

Pihak pembangkan­g Buruh menyatakan pemungutan suara rakyat akan menimbulka­n perdebatan berbahaya terhadap komuniti gay dan lesbian serta sebaliknya meminta satu pengundian secara langsung dalam parlimen.

Baru-baru ini, pasangan sama jantina boleh melakukan penyatuan sivil atau mendaftark­an hubungan mereka di kebanyakan negeri Australia, namun kerajaan tidak mempertimb­angkan mereka berkahwin di bawah undang-undang negara.

Komander polis Walters menyatakan anggotanya sedang menyiasat semua ugutan sebelum ini terhadap Australian Christian Lobby, dan memberi jaminan kepada komuniti bahawa “terdapat tiada ancaman terhadap keselamata­n umum.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BINGUNG: Shelton melihat kerosakan di dalam bangunan selepas van yang membawa silinder gas meletup di luar di Canberra, Australia.
BINGUNG: Shelton melihat kerosakan di dalam bangunan selepas van yang membawa silinder gas meletup di luar di Canberra, Australia.
 ??  ?? SIASAT: Polis Afghan berkawal di luar rumah Helmand yang telah diserang pengganas Taliban di Kabul, Afghanista­n.
SIASAT: Polis Afghan berkawal di luar rumah Helmand yang telah diserang pengganas Taliban di Kabul, Afghanista­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia