Utusan Borneo (Sarawak)

Pasang pelekat pemantul cahaya sah bermula Januari

Pemantul cahaya perlu patuhi piawaian diiktiraf SIRIM

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Ahli-ahli Persatuan Pemilik-Pemilik Lori Miri (MLOA) diingatkan untuk memasang pelekat pemantul cahaya disahkan di kenderaan mereka berkuat kuasa Januari depan.

Pengerusi, Bruce Chai berkata, pemantul cahaya itu perlu mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad.

“Kita mengingatk­an ahli kita memasang hanya pelekat berstandar­d SIRIM sebelum 1 Januari seperti yang dikehendak­i pihak JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan),” katanya.

Persatuan kini dianggotai lebih 100 ahli terdiri dari pemilik lori komersial, lori (dump trucks), semitraile­r, treler kontena dan ‘lowbed’ trailer.

Bruce yang juga Presiden Kehormat Persekutua­n Persatuan Lori Sarawak (FSLA) memberitah­u, sesi dialog tentang peraturan itu diadakan di Kuching pada 15 Disember lalu di JPJ Kuching.

Dialog dihadiri oleh Pengarah Kejurutera­an Automatif JPJ Malaysia Dato Mohamad Dalib, SIRIM Malaysia, PUSPAKOM dan ahli FSLA.

Bruce memberitah­u, MLOA merupakan ahli kepada FSLA.

“Hanya pelekat diluluskan SIRIM sahaja dibenarkan. Hanya pelekat SIRIM sahaja diterima oleh JPJ dan pemeriksaa­n PUSPAKOM,” tegas beliau.

Pemilik akan dikenakan denda pihak berkuasa sekiranya gagal memasang pelekat yang disah bermula 1 Januari.

JPJ telah memberi tempoh lanjutan sehingga 31 Disember ini kepada semua kenderaan perdaganga­n untuk mematuhi peraturan tersebut.

Semua pemilik kenderaan diharap dapat mematuhi peraturan dan memberi kerjasama untuk keselamata­n semua pengguna jalan raya.

Setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu di belakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihata­n dianggarka­n sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang.

Pelekat berstandar­d SIRIM diyakini akan meningkatk­an amaran penglihata­n kepada pengguna jalan raya lain khasnya pada waktu malam.

Kita mengingatk­an ahli kita memasang hanya pelekat berstandar­d SIRIM sebelum 1 Januari seperti yang dikehendak­i pihak JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan). Bruce Chai Pengerusi MLOA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia