Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan di bandar Bintulu dilanda banjir kilat

-

BINTULU: Hujan lebat turun sekitar jam 2 petang semalam telah mengakibat­kan beberapa jalan di sekitar bandar Bintulu telah dinaiki air sedalam satu hingga dua kaki.

Pemerhatia­n yang dibuat mendapati Jalan Sebiew (selepas lampu isyarat) telah dilimpahi air dari parit besar berdekatan yang menyukarka­n kenderaan untuk bergerak melalui laluan berk- enaan.

Secara amnya, jalan di kawasan berkenaan merupakan antara kerap dilanda banjir kilat terutama selepas berlakunya hujan lebat.

Kejadian banjir kilat ini turut mengakibat­kan jalan terbabit mengalami kesesakan yang teruk kerana kenderaan hanya menggunaka­n satu laluan sahaja kerana bimbang menggunaka­n laluan kiri yang ditenggela­mi air yang agak dalam.

Kawasan di Jalan Sebiew terutama di kawasan Desa Damai merupakan antara laluan kerap dilanda banjir kilat berikutan parit sedia ada tidak cukup bagi menampung laluan air di kawasan berkenaan.

Diharapkan agar pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya bagi menggelakk­an kejadian sama berulang di masa hadapan.

 ??  ?? BERBAHAYA: Keadaan banjir kilat yang berlaku di Jalan Sebiew semalam selepas hujan lebat.
BERBAHAYA: Keadaan banjir kilat yang berlaku di Jalan Sebiew semalam selepas hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia