Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda ditumbuk gara-gara kemalangan kecil

-

KUCHING: Seorang pemandu berusia 42 tahun lebam di muka selepas ditumbuk dua lelaki dalam pergaduhan ekoran kemalangan kecil berlaku sesama mereka di Jalan Samarahan, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kemalangan itu, mangsa berasal dari Asajaya dikatakan keluar dari kenderaann­ya untuk memeriksa keadaan dua penunggang motosikal terbabit, selepas kedua- dua kenderaan itu bertembung antara satu sama lain.

Sebaliknya, mangsa ditumbuk dua lelaki berkenaan gara-gara tidak puas hati dengan insiden itu dan meninggalk­an mangsa di tempat kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh ahli keluargany­a untuk mendapatka­n rawatan kira- kira jam 1.30 pagi.

Manakala dalam kes berasingan, seorang pemandu cedera selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan berat di Serian, dekat sini, tengah hari semalam.

Mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatka­n rawatan.

Kemalangan tersebut berlaku ekoran kenderaan dipandu mangsa menuju laluan keluar ke jalan utama sebelum melanggar trak tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia