Utusan Borneo (Sarawak)

Reman senjata api tamat, pemuda ditahan semula bantu siasatan curi motosikal

-

SIBU: Pemuda berusia 28 tahun ditahan kerana kesalahan disiasat mengikut Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960 ditangkap semula selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Penahanan itu dibuat di Balai Polis Sentral di sini bagi membantu siasatan kes curi motosikal.

Dalam serbuan ke rumahnya di Jalan Tebu di sini petang Isnin lalu, selain merampas senapang patah dan peluru kitar semula pihak polis turut menyita sebuah motosikal dipercayai dicuri.

Siasatan awal, mendapati motosikal berkenaan telah dilaporkan hilang pada April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia