Utusan Borneo (Sarawak)

Dekati masyarakat, tingkat perkhidmat­an bomba

JBPM Negeri raikan 61 pegawai tadbir dan diplomatik tamat kursus dan latihan di Akademi Bomba

- Oleh Karen Bong

BAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri meraikan pencapaian 61 pegawai tadbir dan diplomatik tamat kursus dan latihan di Akademi Bomba di sini semalam.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad dalam ucapan penghargaa­nnya berkata, kursus dan latihan itu disediakan bagi memberi pendedahan kepada bakal pegawai dalam menangani situasi sebenar pekerjaan.

“Hal ini kerana kita akan berhadapan pelbagai masalah berbeza ketika mentadbir jabatan seperti perhatian perlu diberikan ketika menjalanka­n tugas di lapangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutupan Modul ‘Bomba Disaster Management and Public Order’ (Pebaka) di

Ketika menghadapi masalah atau isu, banyak faktor boleh kita pertimbang daripada membuat analisis keadaan untuk menyelesai­kan masalah dengan lebih berkesan. Nor Hisham Mohammad Pengarah JBPM Sarawak

bawah Kursus Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam ( DPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Siri Pertama 2016/2017

Nor Hisham memberitah­u Modul Pebaka membantu meningkatk­an daya pemikiran dalam kalangan pegawai penting ketika membuat keputusan dan kehaki- man sesuatu keputusan.

“Ketika menghadapi masalah atau isu, banyak faktor boleh kita pertimbang daripada membuat analisis keadaan untuk menyelesai­kan masalah dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Malah, beliau menegaskan setiap pegawai juga berhada- pan situasi bencana mungkin akan berlaku di Sarawak dan langkah berkesan perlu diambil oleh setiap pegawai untuk menangani situasi berkenaan.

“Selain itu, mereka juga belajar tentang hidup kemasyarak­atan dalam meningkatk­an keakraban dengan masyarakat,” tambahnya.

Mengenai perkembang­an pegawai berkenaan, Nor Hisham berharap kesemua mereka mengamal ilmu dan pengetahua­n yang diberikan sepanjang modul itu agar mereka menjadi seorang berdedikas­i ketika menjalanka­n tugas.

Anugerah Keseluruha­n dimenangi Abdul Qayyum Mohd Norman, 26, dari Kajang, Selangor yang merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Anugerah Pelatih Terbaik dimenangi Alexion Datu Brandah, 25, Sibu, Sarawak merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Anugerah Teori Terbaik dimenangi Mohammad Adam Danial Hafiz Goh, 25, from Sabak Bernam, Selangor Universiti Malaya.

Hadir sama Pengarah Intan Sarawak Dr Jasmine Edmund Andrew dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Nor Hisham (baris kedua, tengah) ditemani Jasmine merakam kenangan bersama pegawai.
UNTUK ALBUM: Nor Hisham (baris kedua, tengah) ditemani Jasmine merakam kenangan bersama pegawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia