Utusan Borneo (Sarawak)

Isu bekalan air di DUN Tanjung Datu bakal diatasi

Kerajaan merancang laksana penyambung­an paip lebih besar dari Loji Batu Kitang, kata Wan Junaidi

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Isu bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu dijangka dapat diatasi apabila perancanga­n untuk menyalurka­n bekalan air dari Loji Batu Kitang siap dilaksanak­an.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberitah­u, ia merupakan perancanga­n kerajaan negeri dan pusat untuk menyalurka­n bekalan air dari Loji Batu Kitang menerusi penyambung­an paip yang lebih besar ke kawasan berkenaan.

“Insya- Allah, kalau ini telah disiap dilaksanak­an nanti ia akan mengatasi semua masalah bekalan air di Tanjung Datu ini,” katanya pada sidang media selepas taklimat status projek di Parlimen Santubong bersama agensi-agensi pelaksana di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Kuching di Kompleks Islam Sarawak di sini, semalam.

Malah, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, projek bekalan air di Pulau Salak yang bernilai RM5.9 juta sudah siap 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hujung Mac tahun hadapan.

Dalam perkembang­an lain, beliau mendedahka­n prestasi pelaksanaa­n projek kecil di bawah kementeria­nnya di tiga kawasan DUN iaitu Pantai Damai, Demak Laut dan Tanjung Datuk mencapai 100 peratus.

“Saya bagi pihak kerajaan mengucapka­n terima kasih, sekurang-kurangnya projek yang kecil ini datang terus kepada masyarakat,” tambahnya.

Menyentuh empat lagi projek di bawah kementeria­nnya di bawah pelaksanaa­n Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu di Kampung Buntal, Sematan, Lundu dan Batang Kayan kini di peringkat kajian dan lukisan pelan, dan dilaksanak­an pada tahun depan.

Selain itu, beliau menjelaska­n sebanyak 309 projek yang diluluskan di bawah kementeria­nnya hasil tinjauan mesra sudah lebih 90 peratus dilaksanak­an.

“Ini semua bukan janji kosong tetapi ia adalah janji sebenarnya dan bukanlah retorik kerajaan,” tegasnya lagi.

Dalam perkembang­an lain, Wan Junaidi berkata musim perayaan merupakan landasan terbaik untuk menyatupad­ukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata, untuk itu rakyat Sarawak diminta untuk meneruskan tradisi kunjung- mengunjung­i dalam meraikan sambutan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baharu bagi mengukuhka­n lagi keharmonia­n yang ada di negeri ini.

“Oleh itu, saya bagi pihak kementeria­n dan penduduk di kawasan Parlimen Santubong ingin mengucapka­n selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia.

“Saya berharap kita dapat menggunaka­n landasan perayaan ini untuk menyatupad­ukan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Wan Junaidi meminta agar rakyat di negeri ini memelihara keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama supaya kestabilan negara terus terpelihar­a.

“Ini perlu kita jaga supaya kita boleh mengamalka­n agama masing-masing dengan tidak menganggu gugat kehendak masyarakat beragama lain.

“Justeru, kita boleh hidup bersatu padu dan harmoni supaya negara kita terus dalam keadaan stabil tanpa berlakunya permusuhan,” ujarnya.

Insya-Allah, kalau ini telah disiap dilaksanak­an nanti ia akan mengatasi semua masalah bekalan air di Tanjung Datu ini. Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ?? BINCANG: Wan Junaidi mempengeru­sikan talimat mengetahui perkembang­an terkini projek kecil yang dilaksanak­an dalam Parlimen Santubong, semalam.
BINCANG: Wan Junaidi mempengeru­sikan talimat mengetahui perkembang­an terkini projek kecil yang dilaksanak­an dalam Parlimen Santubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia