Utusan Borneo (Sarawak)

Isu ‘pemakai’ menoa dan ‘pulau galau’ dipercayai beri impak pribumi lain

-

KUCHING: Keputusan Mahkamah Persekutua­n mengenai ‘ pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ dipercayai memberi impak kepada pribumi lain dalam perihal hak dan adat.

Pengerusi PKR Negeri Baru Bian berkata, ia mungkin memberi kesan kepada adat kaum lain termasuk Melayu, iaitu konsep ‘cari makan’ hampir sama kedua-dua konsep berkenaan.

“Mungkin kita semua tidak menyedari keputusan Mahkamah Persekutua­n itu memberi impak kepada semua komuniti di Sarawak kerana ia bukan sahaja membataska­n ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ kepada komuniti Iban tetapi konsep sama kepada komuniti lain.

“Jika kita meneliti keputusan berkenaan, adat komuniti lain yang sama dengan ‘pulau galau’ dan ‘ pemakai menoa’ juga seolah-olah tidak diiktiraf dalam undang- undang negeri dan ini bermakna ia memberi kesan kepada semua di Sarawak selagi adat tidak ada dalam perundanga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang dihadiri Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How, Naib Ketua Pergerakan Wanita PKR Voon Shiak Ni, Setiausaha PKR Negeri Nicholas Bawin serta ahli PKR lain bertempat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Baru juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan berkata, sebagai contoh konsep ‘cari makan’ di paya di mana kawasan komuniti Melayu mencari makanan, nipah untuk kegunaan serta pelbagai.

“Jika paya berkenaan bukan kawasan mereka sendiri tanam hasilnya atau bercucuk tanam maka ia sama juga dengan konsep ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’.

“Ini kerana keputusan Mahkamah Persekutua­n adalah hanya kawasan yang ada beercucuk tanam sahaja boleh dianggap sebagai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),” katanya.

Baru selain itu turut memberitah­u, pihaknya juga akan menyemak semula kes berkenaan dalam masa terdekat atas pelbagai alasan yang perlu diteliti semula.

Sementara itu, Nicholas berkata, beliau mengalualu­kan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang akan membincang­kan isu berkenaan bersama Peguam Besar Negeri dan Penasihat Undang- Undang Negeri.

Menurutnya yang juga bekas presiden MAIS, sebelum ini MAIS pernah mengemukak­an cadangan draf pindaan pertama yang telah siap 2002.

“Saya mengemukak­an draf ‘pemakai menoa’ dan ‘pulau galau’ sebagai draft pertama pindaan namun pada masa itu Peguam Besar Negeri seolah-olah tidak mengambil serius perkara itu atau melihat ada kesegeraan.

“MAIS sebelum ini telah cuba memainkan peranan mereka dan saya berharap dengan input daripada Timbalan Ketua Menteri (James Masing), kerajaan akhirnya nanti akan mengiktira­f hak penduduk asal Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia