Utusan Borneo (Sarawak)

Timothy Dance Studio anjur pertanding­an tarian jalanan pada 31 Dis

-

MIRI: Timothy Dance Studio akan menganjurk­an pertanding­an tarian jalanan (street dance) ‘The Realm of Dance Battle 2’ pada 31 Disember ini di tapak letak kereta kompleks beli-belah Boulevard.

Pengerusi penganjur, Jeff Chan berkata, pertanding­an memberi peluang menonjolka­n bakat penari serta memperkena­l tarian hip hop sebagai cara hidup sihat untuk generasi muda.

“Kita turut menjemput penari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah untuk terlibat dalam pertanding­an ini. Ia sekali gus membantu mempromosi­kan bandaraya Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menemui Menteri Muda Pelanconga­n dan ADUN Senadin, Datuk Lee Kim Shin semalam.

Pertanding­an terbahagi kategori Allstyle Group Battle (berkumpula­n terdiri daripada dua hingga tiga orang) dan Hip Hop (solo).

Hadiah RM1000 menanti juara kategori kumpulan dan RM800 untuk juara kategori solo.

Pemenang kedua dan ketiga kategori kumpulan akan mendapat RM600 dan RM200

Sementara pemenang kedua dan ketiga kategori solo akan mendapat RM400 dan RM100.

Penganjur akan menjemput juara pertanding­an The Real Deal St 5 All Style Winner 2015 di Singapura, Semmy Blank dari Indonesia sebagai ketua hakim.

Beliau memenangi pelbagai pertanding­an tarian termasuk Street Dance dan Hip Hop yang diadakan di pelbagai negara sejak 2006.

Antaranya juara Lets Dance Global Indonesia (2006), juara 7 to Smoke by Soul Theory Studio Singapura ( 2010), juara Lion City Throwdown 3on3 Hip Hop Battle Singapura (2011), juara No Way Out 2on2 All Style Battle, Jogjakarta, Indonesia (2012), juara 2on2 Dance Fiesta All Style Battle, Singapura (2013), juara Dance @Live Indonesia HipHop Category (mewakili Indonesia dalam Dance @Live World Cup Taiwan 2014) dan juara Style in Motion Vol 3 HIPHOP di Johor pada 2015.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Lee menyampaik­an cek tajaan kepada Jeff sebagai dana pertanding­an tari jalanan di Boulevard pada 31 Disember ini.
SAMPAIKAN: Lee menyampaik­an cek tajaan kepada Jeff sebagai dana pertanding­an tari jalanan di Boulevard pada 31 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia