Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi adakan perbincang­an projek pembanguna­n Lingga bersama BPPP

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri mengadakan perbincang­an bersama pegawai Bahagian Pembanguna­n dan Pemantauan Projek (BPPP) Negeri Sarawak di Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar Sarawak di Kuching baru baru ini.

Menurut beliau, pada perbincang­an berkisar kepada perkembang­an terkini mengenai permohonan Pro- jek Bantuan Rumah (PBR), baik pulih rumah, ameniti dan lain-lain daripada rakyat di kawasan DUN Lingga.

“Dalam pada itu, saya juga dapat mengetahui maklumat maklumat terkini berkenaan dengan pelaksanaa­n projek di kawasan DUN Lingga,” katanya kepada Utusan Borneo dekat sini.

Beliau turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Setiausaha Sulit Kanan ke- pada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW), Datuk Alexander Nanta Linggi, Sylvester Insor dan Ketua Penolong Pengarah BPPP, Roslinda Mohd Yusoff atas kerjasama yang diberi dalam mengatur pertemuan ini sekali gus memberikan maklumat terkini berhubung projek yang dilaksanak­an di kawasan DUN Lingga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia