Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong sumbang kerusi roda mudah pergerakan gadis OKU

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi Unit Bergerak Penyayang Parti Progresif Demokratik (PDP) Bintulu menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) iaitu Irene Ruth dari Rumah Bana Japang, Sungai Serakit, Sebauh, semalam.

Sumbangan kerusi roda berkenaan telah diserahkan oleh Ketuanya, Florence Teo kepada Irene sambil disaksikan oleh Tuai Rumah (TR) Bana beserta ahli keluargany­a dan juga kakitangan dari Pusat Perkhidmat­an Wakil Rakyat Ahli Parlimen P.217 Bintulu.

Secara amnya, Irene berumur 15 tahun itu dikatakan mengalami masalah pernafasan serta sukar bergerak akibat mengalami kekejangan saraf atau sawan semasa berumur dua tahun.

Justeru, keadaan ini menyukarka­n beliau bergerak jauh atau berjalan sendiri tanpa prngawasan daripada kedua-dua ibu bapa serta ahli keluargany­a yang lain.

Melalui sumbangan kerusi roda ini secara tidak langsung akan memudahkan pergerakan Irene sama ada untuk dibawa keluar atau bergerak dalam rumah.

Ahli keluarga beliau pada masa sama memohon agar Dato’ Seri Tiong menyokong permohonan mereka bagi mendapatka­n kad OKU buat remaja perempuan berkenaan.

Penyampaia­n sumbangan sebegini merupakan antara program berterusan yang dijalankan oleh unit bergerak ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik serta memerlukan.

 ??  ?? BANTUAN IKHLAS: Ahli Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu merakamkan gambar bersama Irene (duduk di kerusi roda) dan ahli keluargany­a sejurus selesainya acara penyampaia­n sumbangan kerusi roda berkenaan, semalam.
BANTUAN IKHLAS: Ahli Unit Bergerak Penyayang SPDP Bintulu merakamkan gambar bersama Irene (duduk di kerusi roda) dan ahli keluargany­a sejurus selesainya acara penyampaia­n sumbangan kerusi roda berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia