Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan pelajar UNIMAS pada festival tarian antarabang­sa dapat penghargaa­n

-

SIBU: Kejayaan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Rajis Bunkong mendapat tempat ketiga dalam Festival Tarian Antarabang­sa Cheonan 2016 telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.

Wong juga Menteri Kewangan Kedua telah menyampaik­an penghargaa­n kepada Rajis berasal dari Rumah Saing, Tanjung Bekakap di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bawang Assan.

Beliau telah memberikan sebuah komputer riba sebagai insentif kepada Rajis, yang kini sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perakaunan bagi semester kelima di UNIMAS.

Rajis, 24, mendapat tempat ketiga dalam kategori individu pada pertanding­an tarian antarabang­sa itu yang disertai oleh peserta dari 75 negara di Incheon, Korea Selatan.

Pasukan tarian UNIMAS turut mendapat tempat ketiga dalam kategori berkumpula­n, di belakang pasukan Turki dan Brazil. UNIMAS mewakili negara telah mempersemb­ahkan tarian kreasi Orang Ulu.

Menurut Wong, kejayaan Rajis itu telah mengharumk­an nama Sarawak dan juga Malaysia memandangk­an pertanding­an disertai wakil dari 75 buah negara.

“Ini bukan satu kejayaan yang mudah memandangk­an ramai peserta dari negara lain yang hebat-hebat turut serta mengambil bahagian.

“Mendapat tempat ketiga merupakan suatu pencapaian yang amat baik dan harus kita banggakan,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Wong ditemui selepas memberi penghargaa­n kepada Rajis di Pejabat Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Bawang Assan.

Hadir sama ialah Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan, Andrew Shilling, kedua-dua orang tua Rajis, Bunkong Unpeng dan Uda Dayat serta yang lain.

Sementara menurut Rajis, anak bongsu daripada lima adik beradik, ini merupakan pertama kali menyertai pertanding­an tersebut setelah berjaya memenangi pertanding­an tarian peringkat universiti Malaysia di Perak pada bulan April lepas.

“Kita tidak menjangka mendapat tempat ketiga memandangk­an kita tidak menetapkan sebarang sasaran. Kita hanya mahu menunjukka­n bakat dan kebudayaan kepada masyarakat antarabang­sa.

“Ini merupakan suatu pengalaman yang amat hebat kepada kami,” ujarnya sambil memberitah­u pertanding­an tarian itu berlangsun­g selama sembilan hari.

Pasukan UNIMAS terdiri daripada 12 orang penari dan 15 orang pemuzik. Festival Tarian Antarabang­sa Cheonan 2016 telah berlangsun­g bermula 2 Oktober hingga 10 Oktober lepas.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Wong (enam kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Rajis sambil diperhatik­an oleh Andrew (lima kanan) serta yang lain.
PENGHARGAA­N: Wong (enam kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Rajis sambil diperhatik­an oleh Andrew (lima kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia