Utusan Borneo (Sarawak)

‘Chicky Run 2017’ buka kaunter pendaftara­n di Vivacity hari ini

-

KUCHING: Larian ‘Chicky Run 2017’ anjuran Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching yang dijadual pada 15 Januari bertempat di Crown Square, di sini akan membuka kaunter pendaftara­n sempena jerayawara acara itu di Pusat Beli-Belah Vivacity pada hari ini dan esok.

Kuanter pendaftara­n itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Menurut kenyataan akhbar semalam, larian amal sejauh lapan kilometer (8km) itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Semua peserta akan berkumpul di Crown Square seawal jam 6 pagi dan perjalanan larian akan diumumkan menerusi laman Facebook rasmi penganjur.

“Objektif penganjura­n larian amal ini adalah untuk meningkatk­an kesedaran dalam orang ramai terutama untuk membantu golongan memerlukan.

“Pada masa sama, ia juga mempromosi gaya hidup sihat dan perpaduan kaum,” kata kenyataan akhbar itu.

Setiap kutipan yang berjaya dikutip dari acara larian amal akan disumbangk­an kepada golongan kurang bernasib baik.

Selain itu, peserta larian juga akan menerima saguhati menerusi pendaftara­n untuk menyertai larian, sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan terhadap penganjura­n larian tersebut.

“Yuran pendaftara­n larian adalah RM50 seorang termasuk baju T ‘Prosperous Quick Dry’, nombor bib dan medal penamat larian,” katanya lagi.

Sesiapa berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Whatsappdi­talian013-8189896 dan penganjur juga menerima bayaran yuran menerusi ATM dan pembayaran dalam talian (on-line).

Selain itu, antara 26 November sehingga 18 Disember, orang ramai juga boleh mendaftar dengan mengunjung­i jerayawara yang berlangsun­g di Pusat Beli-Belah Vivacity bermula jam 10 pagi hingga 10 malam (setiap Sabtu dan Ahad).

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 010-9858308 atau layari laman Facebook di pautan: http://www.facebook.com/ thelovings­ocietykuch­ing.

 ??  ?? BANTU: Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan.
BANTU: Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia