Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Krismas JPJ disertai AADK, bermula 26 Disember - 2 Januari

-

SIBU: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan melancarka­n Operasi Krismas 2016, bermula hari ini (24 Disember) sehingga 26 Disember dan disambung semula pada 30 Disember hingga 2 Januari 2017 depan.

Penolong Pengarah (Penguatkua­saan) JPJ Negeri Albert Clement berkata seramai 83 anggota terbabit dalam operasi berkenaan dengan memberi tumpuan di lokasi kerap kemalangan seluruh negeri.

Katanya, unit penguat kuasa juga akan ditempatka­n di terminal bas di Kuching, Sibu dan Miri.

“Operasi Krismas menyasarka­n bas ekspres dan semua kenderaan termasuk pemandu kenderaan persendiri­an.

“Di terminal bas ekspres, anggota JPJ akan bekerjasam­a dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menjalanka­n ujian air kencing ke atas pemandu dan pemandu kedua.

“Antara objektif utama operasi ini adalah untuk mengurangk­an kemalangan dan kematian di jalan raya semasa musim perayaan,” katanya, sambil menambah operasi yang sama turut dilancarka­n di seluruh negara.

Menyentuh mengenai operasi JPJ di terminal bas, Albert memberitah­u pemeriksaa­n juga akan dilakukan terhadap bas untuk memastikan­nya selamat digunakan.

“Bas ekpres gagal mematuhi piawaian keselamata­n tidak dibenarkan beroperasi,” ujar beliau.

Jelasnya, pemandu juga diingatkan untuk mengekalka­n kelajuan selamat pada setiap masa memandangk­an bilangan kenderaan di atas jalan raya menjelang sambutan perayaan krismas dijangka bertambah.

Menurut Albert anggotanya juga turut ditempatka­n di persimpang­an jalan bagi mengesan pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar dan memandu secara merbahaya.

Justeru beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama dengan mengamalka­n pemanduan berhemah dan selamat.

Jelas beliau dengan cara tersebut kadar kemalangan jalan raya dan juga kematian dapat dikurangka­n. SRI AMAN: Sempena sambutan Hari Krismas tahun ini, Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n, Datuk Francis Harden Hollis tidak mengadakan rumah terbuka.

Kenyataan media dari Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang memberitah­u, Harden juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang masih lagi bercuti dan sedang berada di luar negara.

Dalam pada itu, Harden menerusi satu kenyataann­ya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo hari ini turut mengambil kesempatan mengucapka­n selamat menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 kepada pengundi beliau khususnya di kawasan DUN Simanggang dan dikawasan Sri Aman amnya.

“Pada sambutan Hari Kris- mas pada tahun ini, saya serta keluarga memohon maaf kerana tidak mengadakan rumah terbuka kerana masih bercuti dan berada di luar negara.

“Dengan kesempatan ini juga, saya mendoakan semoga sambutan Hari Krismas dan tahun baharu akan membawa keberkatan dan menambahka­n lagi rezeki kita semua yang bakal menyambut Tahun Baharu 2017 nanti,” jelasnya ringkas.

 ??  ?? TAMBAH PENGETAHUA­N: Yakub (tengah) merakamkan kenangan dengan peserta Program Dialog Input Komuniti Terhadap Isu-Isu Sosial berhubung jenayah, dadah dan kehamilan di Mukah, kelmarin.
TAMBAH PENGETAHUA­N: Yakub (tengah) merakamkan kenangan dengan peserta Program Dialog Input Komuniti Terhadap Isu-Isu Sosial berhubung jenayah, dadah dan kehamilan di Mukah, kelmarin.
 ??  ?? TELITI: Salah seorang anggota JPJ sedang memeriksa tayar sebuah bas ekspres.
TELITI: Salah seorang anggota JPJ sedang memeriksa tayar sebuah bas ekspres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia