Utusan Borneo (Sarawak)

Perluas pendedahan mengenai peranan bomba

Media rakan penting sebar maklumat agar masyarakat lebih jelas tentang tanggungja­wab bomba

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Tugas jabatan bomba dan penyelamat perlu didedah secara lebih meluas supaya masyarakat lebih mengetahui mengenai tanggungja­wab dan peranan anggota jabatan itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu, Penguasa Bomba Unjar Lum berkata, usaha itu dapat dilakukan media sebagai rakan penting dalam menyebar maklumat supaya masyarakat lebih jelas mengenai bidang kerja anggota bomba.

Beliau turut menghargai sumbangan pegawai-pegawai dan anggota bomba dalam pelbagai bidang tugas terutamany­a membantu masyarakat setempat.

“Sumbangan pegawai dan anggota bomba tidak berbelah bahagi dan tidak ternilai banyaknya,” ujarnya berucap Majlis Makan Malam Kelab Sukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Bintulu dan Majlis Perpisahan Pegawai JBP Bintulu di Pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu malam kelmarin.

Katanya, pencapaian BBP Bintulu sangat membanggak­an, malah banyak kempen, kerja luar kerja luar termasuk segala cabaran pada tahun lepas termasuk sepanjang tahun ini telah dilaksana dengan baik.

“Kepada pegawai dinaikkan pangkat dan berpindah tempat bertugas, saya berharap pegawai terbabit akan memberikan sumbangan terbaik seperti mana sumbangan yang diberikan kepada BBP Bintulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba, Di-Hata Gobel berkata, banyak perkara telah dicapai pihaknya terutamany­a dalam memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat sepanjang tahun 2016.

Katanya, antara pencapaian itu ialah program-program Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) dan kegiatan sukan yang disertai telah dijalankan dengan baik.

“Tahun hadapan kami berharap akan dapat mencapai dan memberikan perkhidmat­an dan komitmen yang lebih tinggi untuk jabatan serta perkhidmat­an kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu pegawai bomba yang dinaik pangkat dan berpindah tempat bertugas ialah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Hashim Norshidi yang dinaik pangkat kepada PBK I akan berpindah tugas ke BBP Marudi.

Pada majlis sama turut diadakan upacara meraikan pesara bomba iaitu Abang Shariee Abang Mahrop yang bersara wajib pada 25 Disember 2004 yang mana menerima sumbangan barangan elektrik di bawah program NBOS Zon Bintulu.

Turut hadir Ketua Unit Forensik Kebakaran, Timbalan Penguasa Bomba, Hamdani Madon, pegawai- pegawai kanan, pegawai dan anggota-anggota bomba serta ahli keluarga BBP Bintulu.

Sumbangan pegawai dan anggota bomba tidak berbelah bahagi dan tidak ternilai banyaknya. Penguasa Bomba Unjar Lum Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu

 ??  ?? BANTUAN NBOS: Unjar (empat kanan) menyampaik­an sumbangan di bawah program NBOS kepada Abang Shariee sambil disaksikan oleh Di-Hata (tiga kanan) serta pegawai-pegawai kanan bomba lain.
BANTUAN NBOS: Unjar (empat kanan) menyampaik­an sumbangan di bawah program NBOS kepada Abang Shariee sambil disaksikan oleh Di-Hata (tiga kanan) serta pegawai-pegawai kanan bomba lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia