Utusan Borneo (Sarawak)

Komponen BN tanda tangan surat sokong pencalonan Lau di Parlimen Bawang Assan

-

SIBU: Beberapa wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ketua kaum kawasan Bawang Assan menandatan­gani surat sokongan bagi menyokong pencalonan Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Wakil parti komponen terbabit dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu ( PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PPD), menyuaraka­n sokongan pada majlis sambutan pra-Krismas anjuran SUPP, malam kelmarin.

Surat sokongan itu akan dis- erah kepada pucuk pimpinan BN negeri dan pusat untuk dipertimba­ng bagi memilih Lau sebagai calon BN para PRU14 untuk kerusi Parlimen Sibu.

Lau merupakan pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan serta Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS). Beliau juga merupakan penyelaras BN Parlimen Sibu.

Ketika berucap pada majlis, Lau menggesa ahli majlis perbandara­n, terutama golongan muda agar terus memberi khidmat kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Sebagai ahli majlis katanya, mereka harus sentiasa turun padang bagi meninjau kead- aan dan mendapatka­n pengetahua­n terutama mengenai keadaan di luar bandar.

“Hanya dengan turun padang kita mengetahui masalah serta isu yang dihadapai masyarakat diluar bandar, seterusnya mencari jalan untuk menyelesai­kan masalah dan isu terbabit.

Lau juga berterima kasih atas sokongan wakil-wakil parti komponen BN dan ketua kaum, yang menyuaraka­n sokongan kepadanya untuk menjadi wakil BN bagi merampas kembali kerusi Parlimen Sibu daripada pembangkan­g.

Hadir sama pada majlis ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri, Daniel Bujal serta yang lain.

 ??  ?? PRA-KRISMAS: Lau (lima kanan) bersama Daniel (empat kanan) serta yang lain memotong kek sempena sambutan pra Krismas SUPP.
PRA-KRISMAS: Lau (lima kanan) bersama Daniel (empat kanan) serta yang lain memotong kek sempena sambutan pra Krismas SUPP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia