Utusan Borneo (Sarawak)

KRT Kampung Assyakirin adakan tahlil untuk Allahyarha­m Zaiedy

-

BINTULU: Kawasan Rukun Tetangga Kampung Assyakirin Fasa 3 mengadakan majlis tahlil khusus untuk Allahyarha­m Zaiedy Nor Abu Nasir (Ahmad Zaiedy Nor Abu Nasir) di Pusat Skim Rondaan Sukarela ( SRS) malam kelmarin.

Majlis tersebut bagi mengenang jasa dan peranan aktif arwah merupakan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang banyak membantu KRT Kampung Assyakirin Fasa 3.

Majlis tahlil dan doa telah dipimpin Razali Disek diadakan selepas Isyak. Hadir sama Pengerusi KRT Kampung Assyakirin Fasa 3, Drahman Jus dan ahli jawatankua­sa KRT lainnya serta penduduk kampung setempat.

Jurucakap penganjur berkata, ketika hayat arwah dikenali sebagai seorang yang banyak membantu dan menyokong segala aktivitiak­tiviti berkaitan kejiranan di Bintulu.

“Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat penduduk setempat kerana arwah merupakan seorang yang mudah didampingi dan mesra,” tambahnya.

Zaiedy Nor meninggal dunia pada usia 55 tahun di kediamanny­a di Hilltop Villa, Sungai Nyigu sekitar jam 8 pagi Jumaat (16 Disember 2016 lalu).

Jenazah beliau kemudianny­a dirujuk ke Hospital Bintulu untuk proses lanjut seterusnya diterbangk­an ke Kuala Lumpur pada jam 7 malam hari sama untuk dikebumika­n di kampung halamannya di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Zaiedy meninggalk­an isteri dan lima anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia