Utusan Borneo (Sarawak)

Durian turut ‘banjiri’ Pasar Tamu Sri Aman

-

SRI AMAN: Raja segala buah tidak ketinggala­n membanjiri bandar ini dan tinjauan Utusan Borneo di Pasar Tamu di sini pagi semalam mendapati, durian dijual pada harga yang murah berbanding sebelum ini.

Beberapa penjual di sini menjual buah durian setompok empat biji dengan harga RM20 hingga RM25 dan ada yang menjualnya dengan harga RM30 lima biji.

Sementara itu, buah dabai turut dijual dengan harga RM20 hingga RM25 sekilogram, manakala buah rambutan dijual dengan harga RM4 hingga RM5 untuk 15 biji atau setompok.

Menurut peniaga berkenaan lagi, kebanyakan buah durian yang dijual di pasar tamu ini datangnya dari kawasan Lachau, Gua dan Pantu, Sri Aman.

Menurutnya, musim buahbuahan di bandar Sri Aman ini dijangka akan belarutan sehingga ke awal bulan Januari depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia