Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kapit bertuah miliki dua MOP setahun

Dua lagi program dirancang di DUN Pelagus tahun depan

- Oleh Florence Nervyn

MUKAH: Satu majlis makan malam bagi meraikan bekas Jawatankua­sa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Balingian sesi 20132016 telah diadakan di sini, baru-baru ini.

Turut diraikan juga ialah ahli jawatankua­sa SABERKAS Cawangan Balingian yang baharu dipilih dan dilantik untuk sesi 2016-2019.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi yang juga merupakan Pengerusi SABERKAS Cawangan Balingian yang baharu.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada jawatankua­sa yang lepas atas komitmen selama tiga tahun dalam menerajui SABERKAS Cawangan Balingian.

“Adanya ahli jawatankua­sa baharu ini, ia akan membolehka­n SABERKAS Cawangan Balingian bergerak dengan lebih agresif sejajar dengan objektif pertubuhan ini.

SABERKAS memberi ruang dan peluang untuk semua ahli untuk berhimpun bagi berkongsi pendapat dan idea memantap lagi pertubuhan ini,” katanya.

Jelasnya, barisan ahli jawatankua­sa yang baharu ini kelak diharapkan akan dapat merealisas­ikan impian dan matlamat pertubuhan.

Jelasnya, gabungan idea dan pengalaman setiap ahli baharu dan lama dapat membantu untuk kebaikan SABERKAS Cawangan Balingian.

Menurut Yakub lagi, dengan adanya SABERKAS Cawangan Balingian ini, ia bukan sahaja dapat membantu untuk merealisas­ikan objektif dan matlamat SABERKAS pusat sekali gus memberi peluang terlibat dalam apa sahaja aktiviti dan program dianjur.

“Peluang seperti ini da- pat memupuk semangat dan tanggungja­wab dalam kalangan belia serta bersua bekerjasam­a dengan komuniti setempat. Ini amat digalakkan memandangk­an ia merupakan salah satu daripada objektif pertubuhan.

“Adanya ahli jawatankua­sa baharu, ia akan memantapka­n lagi SABERKAS dan akan membantu menyumbang­kan idea serta kepakaran masing-masing untuk diaplikasi dalam mana-mana program dan aktiviti dilaksana untuk sesi 2016 hingga 2019 nanti,” katanya.

Beliau berkata, jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh ahli SABERKAS Cawangan Balingian sebelum ini hendaklah sentiasa dikenang.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jaraie, Residen Bahagian Mukah Awang Johari Awang Mustapha, Pegawai Daerah Mukah Safrie Saili serta yang lain. KAPIT: Penduduk di bahagian Kapit harus berasa sangat bertuah kerana mempunyai dua Mobile Outreach Programme (MOP) dalam tahun ini sahaja berbanding 40 daerah lain di seluruh Sarawak.

Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit berkata, MOP pertama telah diadakan di Rumah Tat, Sungai Rajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram manakala, program kali kedua di Rumah Yan, Nanga Merit dalam kawasan DUN Belaga.

“Kita merancang mengadakan dua lagi program MOP di kawasan DUN Pelagus pada tahun depan dengan lokasi dan tarikh penganjura­nnya masih belum dapat dipastikan lagi,” jelasnya.

Elvis berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian MOP di Rumah Yan Ngumbang, Nanga Mujan, daerah kecil Merit, baru-baru ini.

Majlis perasmian program disempurna­kan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi.

E l v i s m e m b e r i t a h u , pihaknya turut merancang untuk mengadakan satu lagi MOP di bandar Kapit sebagai pusat tumpuan semua penduduk yang datang dari kawasan luar bandar.

“Ini kerana mungkin terdapat segelintir daripada mereka tidak berpeluang melawat MOP tersebut.

“Bagi bandar Kapit pula, MOP akan menjadi Pu-

Kita merancang mengadakan dua lagi program MOP di kawasan DUN Pelagus pada tahun depan dengan lokasi dan tarikh penganjura­nnya masih belum dapat dipastikan lagi. Elvis Didit Pegawai Daerah Kapit

sat Transforma­si Komuniti (CTC) di mana kita sekali lagi akan mengumpulk­an semua agensi berkaitan.

“Semua penduduk yang tinggal di bandar Kapit adalah dijemput untuk melawat program tersebut kelak,” jelasnya.

Katanya, MOP dilihat sebagai program yang amat penting sebagai paltform menyampaik­an maklumat dan perkhidmat­an terus kepada penduduk yang datang dari kawasan luar bandar.

“Kami cuba untuk merapatkan jurang sehampir mana yang mungkin antara kerajaan dan penduduk luar bandar.

“Ini kerana kami tid- ak mahu perkhidmat­anperkhidm­atan yang diperlukan hanya beroperasi di pejabat, malah perlu bergerak turun padang untuk mendekati rakyat,” ujarnya.

Program tersebut telah disertai oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, KEMAS, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pejabat Daerah Kapit, RELA, Polis, Majlis Daerah Kapit, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Antara kaunter menjadikan tarikan ialah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Selain itu, turut disediakan ialah kaunter pemeriksaa­n kesihatan dan pergigian.

 ??  ?? MOHON BERKAT: Alexander Nanta (tengah) sedang melakukan upacara ‘miring’ pada Majlis Perasmian MOP di Rumah Yan Ngumbang, Nanga Mujan.
MOHON BERKAT: Alexander Nanta (tengah) sedang melakukan upacara ‘miring’ pada Majlis Perasmian MOP di Rumah Yan Ngumbang, Nanga Mujan.
 ??  ?? SENTIASA DIKENANG: Yakub (duduk, empat kiri) merakamkan kenangan bersama jawatankua­sa SABERKAS Cawangan Balingian yang lepas.
SENTIASA DIKENANG: Yakub (duduk, empat kiri) merakamkan kenangan bersama jawatankua­sa SABERKAS Cawangan Balingian yang lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia