Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai kempen derma darah Ahad ini di Delta Mall Sibu

-

SIBU: Sibu Life Care Society dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu menganjurk­an kempen derma darah pada 25 Disember (Ahad) ini, bertempat di Delta Mall Sibu.

Kempen turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan, Persatuan Kwong Wai Siew Sibu, Kieng Huat Hon dan Max Power Sales & Marketing Co.

Menurut kenyataan akhbar semalam, Pengerusi Sibu Life Care Society, Lee Mee Lay berkata kempen itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Kaunter kaunter pendaftara­n untuk menderma organ juga dibuka kepada mereka yang ingin mendaftar pendermaan organ,” katanya berterima kasih kepada Bank Darah Hospital Sibu membantu menjayakan kempen.

Lee berkata, kempen derma darah dianjurkan membantu menampung bekalan keperluan darah untuk kegunaan pesakit di Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Lee Mee Lay di talian 019-8587768 atau 016-8615060 dan Hii Hing Yiu (019-8941596).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia