Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Curtin Miri kunjungi pusat SCCS

-

MIRI: Pelajar Jabatan Pengajian Asas Fakulti Perniagaan Universiti Curtin Sarawak Malaysia (Curtin Sarawak) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke pusat Pertubuhan Pesakit Kanser Kanak-Kanak Sarawak (SCCS) Miri.

Rombongan ditemani Ketua Jabatan, Wendy Law Li Ling dan Pensyarah, Anita Johari, Tan Sin Sieng dan Siti Kasmah Mohd Kassim.

Lawatan bertujuan mem- beri motivasi dan sokongan kepada pesakit selain peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan.

Mereka menemui 10 pesakit kanser berusia enam hingga 10 tahun yang turut terlibat dalam sesi permainan pendidikan.

Jabatan merancang untuk menganjurk­an lebih banyak program kemasyarak­atan dalam usaha mereka untuk dekat dan memberi balik kepada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia