Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran Buku Mega POPULAR hingga 2 Januari

Berlangsun­g di CityONE, pesta buku terunggul kembali untuk semai budaya membaca masyarakat

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pameran Buku Mega POPULAR kembali diadakan di negeri ini sempena cuti sekolah hujung tahun bermula semalam, 23 Disember hingga 2 Januari 2017.

Berlangsun­g di Pusat BeliBelah CityONE, pesta buku terunggul itu merupakan misi berterusan POPULAR untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Pada pameran kali ini, pengunjung boleh mendapatka­n buku- buku bacaan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina dalam pelbagai genre.

Selain bahan bacaan pelbagai genre, pameran turut menawarkan pelbagai alat tulis termasuk cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) serta produk-produk multimedia pada harga hebat.

Sempena pembukaan pesta buku itu semalam, pihak POPULAR turut menyampaik­an cek sumbangan bernilai lebih RM10,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak- Anak Yatim Negeri Sarawak.

Sumbangan tersebut adalah menerusi Kempen Ramadan@POPULAR 2016 merupakan program tahunan dianjurkan di semua premis POPULAR dan HARRIS bagi membantu badan amal di Malaysia sempena bulan Ramadan.

Pihak POPULAR yang diwakili pengurusny­a, Alex Choo semalam turut menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Kuching dan The Salvation Army Children Home.

Antara tawaran menarik sepanjang pameran ini ialah baucar percuma RM10 bagi setiap pembelanja­an bernilai RM80 dan baucar percuma RM10 berserta payung POPULAR edisi terhad bagi setiap pembelanja­an bernilai RM150.

Bagi mereka yang memohon atau memperbaha­rui Kad POPULAR atau Kad Keistimewa­an POPULAR pula akan diberikan hadiah percuma berupa botol kaca borosilika­t dengan sarung eksklusif POPULAR 360ml atau tuala muka eksklusif POPULAR.

Sesi ramah mesra bersama penulis dan cef terkenal di pentas utama pesta juga akan diadakan, antaranya Jom Belajar Memasak Bersama Cef Fazalina, Cef Norzailina dan Cef Hanieliza pada 31 Disember bermula jam 1 petang hingga 3.45 petang.

Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dengan penulis ‘Once Upon a Miao’ (Jian Goh) pada 31 Disember bermula jam 12 tengah hari hingga 12.45 tenghari.

Pengunjung kanak-kanak pula jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti bercerita bahasa Melayu pada 30 Disember dengan hadiah menarik bernilai RM2,000 menanti para pemenang.

Selain pertanding­an bercerita, POPULAR juga akan menganjurk­an pertanding­an mewarna pada 29 Disember yang menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM4,000 tajaan Faber Castell.

Pembaca akhbar Utusan Borneo, The Borneo Post dan See Hua Daily News pula jangan lepaskan peluang untuk mendapatka­n tawaran eksklusif dengan memotong kupon dari tiga akhbar tersebut.

Keratan kupon berserta soalan itu perlu dijawab oleh pembaca bagi melayakkan mereka menebus hadiah yang disediakan pada pesta buku ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAWARAN HEBAT: Pelbagai buku bacaan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina ditawarkan pada potongan harga hebat sepanjang pesta ini termasuk alat tulis serta barangan lain di bawah satu bumbung.
TAWARAN HEBAT: Pelbagai buku bacaan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina ditawarkan pada potongan harga hebat sepanjang pesta ini termasuk alat tulis serta barangan lain di bawah satu bumbung.
 ??  ?? KEMUDAHAN BERSAMA: Ahli Dewan DBKU Datin Mary Sadiah Zainuddin menyerahka­n kunci kepada salah seorang tukang kasut di ’Green Kiosk Esplanade’ pada 1 November lalu. Turut kelihatan Ketua Timbalan Pengarah DBKU Jumaini Haili (tengah) dan Timbalan...
KEMUDAHAN BERSAMA: Ahli Dewan DBKU Datin Mary Sadiah Zainuddin menyerahka­n kunci kepada salah seorang tukang kasut di ’Green Kiosk Esplanade’ pada 1 November lalu. Turut kelihatan Ketua Timbalan Pengarah DBKU Jumaini Haili (tengah) dan Timbalan...
 ??  ?? SUMBANGAN: Alex (kiri) menyampaik­an cek sumbangan kepada wakil dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak.
SUMBANGAN: Alex (kiri) menyampaik­an cek sumbangan kepada wakil dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia