Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran Inovasi Inklusif 2016 berjaya capai objektif penganjura­n

-

KUCHING: Pertanding­an Cabaran Inovasi Inklusif 2016 Zon Sarawak berlangsun­g dengan jayanya pada 19 hingga 20 Disember lepas.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, pada pertanding­an itu, Pustaka Negeri Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dinobat sebagai juara dalam kategori Kerajaan/Swasta dengan produk yang diberi nama ‘Pustaka In A Box.’

Kata kenyataan itu lagi, produk inovasi itu dibangunka­n dengan menggunaka­n Raspberry Pi, sebuah komputer mikro dan mampu menyediaka­n perkhidmat­an e-buku sehingga 50,000 judul dan 6,000 artikel ilmiah bagi kegunaan pelajar ataupun masyarakat awam lain.

Pengguna juga boleh mengakses semua maklumat dengan menggunaka­n gajet masing-masing seperti ’netbook’, tablet ataupun telefon pintar.

”Usaha sedang dijalankan untuk menambah koleksi ini dengan video serta koleksi tempatan lain bersesuaia­n kos pembanguna­nnya hanya RM300 dan jumlah maklumat mampu dibekal melalui ’Pustaka In A Box’ ini melebihi koleksi kebanyakan perpustaka­an desa tradisiona­l.

”Kos pembinaan sebuah perpustaka­an desa menelan belanja kira-kira RM350,000 (tidak termasuk kos tanah) serta memerlukan bajet RM35,000 setahun bagi kos operasi,” jelas kenyataan akhbar itu.

Jelasnya, selain kosnya murah, ’Pustaka In A Box’ mampu merapatkan jurang digital khususnya bagi kawasan pedalaman dan juga kawasan-kawasan yang mengalami masalah liputan internet yang lemah.

Katanya, ia juga mampu meluaskan akses kepada sumber maklumat bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Pertanding­an Cabaran Inovasi Inklusif tersebut mula dilaksanak­an pada 2015 meliputi Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) sahaja.

Kejayaan pertanding­an yang pertama itu telah menggalakk­an YIM Technology Resources Sdn. Bhd., anak syarikat Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), untuk mengembang­kannya ke seluruh Malaysia.

Antara objektifny­a adalah untuk mengenal pasti produk inovasi berkualiti tinggi, mampu dimiliki, dan boleh dimanfaatk­an oleh setiap lapisan masyarakat di sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Pada masa sama, ia juga memberikan pengiktira­fan kepada produk inovasi dan inovator yang telah diperkenal­kan dan dipertandi­ngkan, membangunk­an produk- produk yang berpotensi untuk dimajukan melalui Program Berimpak Tinggi 6 - Inovasi Inklusif di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta merapatkan jurang akses kepada keperluan asas, pendidikan, kesihatan dan produkviti melalui produk inovasi inklusif.

Sebanyak 33 produk inovasi dipertandi­ngkan iaitu 10 dalam Kategori Awam, lapan dalam Kategori IPTA/IPTS dan 15 produk dalam Kategori Kerajaan/Swasta.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Japri Bujang Masli di talian 082-442000/sambungan 102 atau e-mel japribm@ sarawak.gov untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? CABARAN: Pemenang Pertanding­an Cabaran Inovasi Inklusif.
CABARAN: Pemenang Pertanding­an Cabaran Inovasi Inklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia