Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa cuai perlu tindakan lebih tegas

Ramai ibu bapa tidak kisah anak naik motosikal tanpa lesen walaupun berbahaya

-

SHAH ALAM: Masih ramai ibu bapa yang tidak menyedari mengenai bahaya membenarka­n anak mereka di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen selain membiarkan anak kecil membonceng tanpa memakai topi keledar.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Datuk Roslan Eusoff berkata ini dapat dilihat dari segi bilanggan pengguna motosikal di bawah umur yang terkorban dalam kemalangan jalan raya yang meningkat saban tahun.

“Setiap tahun, bilangan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun terbunuh dalam kemalangan motosikal di seluruh negara terus meningkat walaupun operasi penguatkua­saan dijalankan agensi-agensi kerajaan.

“Contohnya tahun lepas, statistik pembonceng kanakkanak bawah umur 16 tahun yang maut dalam kemalangan ialah 86 orang. Penunggang motosikal berumur antara 6 dan 10 tahun yang maut dalam kemalangan pula ialah 13 orang sementara yang berumur antara 11 dan 15 tahun pula seramai 249 orang,” katanya kepada pemberita di Plaza Tol Batu Tiga di sini semalam.

Beliau sebelum itu mengetuai kempen keselamata­n sempena Sambutan Hari Krismas yang turut mendapat kerjasama agensi seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan PLUS.

Roslan berkata kebanyakan ibu bapa tidak memandang serius perkara ini walaupun pihaknya sering menganjurk­an program advokasi keselamata­n jalan raya di sekolah dan ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Ada ibu bapa yang berhujah dengan kita, daripada biar anak-anak mereka tidak sekolah lebih baik benarkan mereka tunggang motosikal ke sekolah. Ada juga bila kita buat kajian ada ibu bapa yang jawab kemalangan tidak akan berlaku pada mereka tetapi berlaku pada orang lain. Mereka berpendapa­t mereka kebal,” katanya.

Sehubungan itu katanya, sudah sampai masanya pihak berkuasa meningkatk­an penguatkua­saan seperti mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang cuai sehingga menyebabka­n kecederaan atau kematian terhadap anak-anak.

Ketika ini katanya, terdapat peruntukan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 bagi mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membenarka­n kanak-kanak di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen.

“Negara kita sudah mempunyai undang-undang dan saya percaya bahawa penguatkua­saan yang lebih ketat perlu dilakukan terhadap mereka lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mendedahka­n anak-anak mereka kepada risiko ketika menunggang motosikal,” katanya. — Bernama

Ada juga bila kita buat kajian ada ibu bapa yang jawab kemalangan tidak akan berlaku pada mereka tetapi berlaku pada orang lain. Mereka berpendapa­t mereka kebal. Datuk Roslan Eusoff Timbalan Ketua Pengarah JKJR

 ?? — Gambar Bernama ?? JAGA KESELAMATA­N: Roslan (kiri) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal pada program Advokasi Khas Sempena Sambutan Hari Natal dan Cuti Persekolah­an 2016 di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam semalam. Turut hadir Pegawai Keselamata­n...
— Gambar Bernama JAGA KESELAMATA­N: Roslan (kiri) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal pada program Advokasi Khas Sempena Sambutan Hari Natal dan Cuti Persekolah­an 2016 di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam semalam. Turut hadir Pegawai Keselamata­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia