Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan nahas pesawat TUDM ambil masa beberapa minggu

-

GEORGE TOWN: Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampira­n Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterwort­h, dekat sini Rabu lepas dijangka mengambil masa beberapa minggu dan hasilnya akan diumum secara rasmi.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata tempoh siasatan itu juga bergantung kepada bukti yang diperoleh dan keterangan daripada kru pesawat berkenaan terutama pembantu juruterban­g, Kapten Wai Lik yang masih dirawat ketika ini.

“Lembaga siasatan sedang mengkaji punca kemalangan. Perkembang­an siasatan berjalan lancar dan kami harap berdasarka­n bukti-bukti yang diperoleh, punca kemalangan akan dapat ditentukan dalam masa terdekat.

“Pada ketika ini, masih terlalu awal (untuk menentukan punca), kami tidak mahu membuat spekulasi bagaimana pesawat itu boleh terhempas,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau mengiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein melawat dua kru pesawat itu Kapten Wai Lik, 24, dan Sarjan Mohd Sofi Azizan, 29, di Hospital Pulau Pinang di sini.

Dalam pada itu, Affendi berkata untuk mendapatka­n hasil siasatan yang lebih tepat, beberapa komponen seperti enjin dan peralatan mekanikal mungkin perlu dihantar ke tempat ia dibuat bagi mendapat pengesahan.

“Itu akan mengambil masa, jadi siasatan nahas itu bergantung pada bukti awal yang kami dapat setakat ini. Selepas siasatan lengkap dan selesai, pengumuman mengenainy­a akan dibuat secara rasmi dan telus,” katanya.

Beliau turut memuji tindakan pantas pasukan penyelamat Pangkalan Udara Butterwort­h yang mengambil masa hanya dua minit untuk memberi respons bagi membantu kru yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Tempoh respons pasukan penyelamat sangat cepat sedangkan jarak antara mereka dan tempat kejadian agak jauh,” katanya.

Kejadian pada 5.18 petang itu mengorbank­an juruterban­g TUDM Mejar C. Kayamboo manakala tiga anggota lain cedera termasuk Wai Lik, 26, dan Mohd Sofi Azizan, 29.

Seorang lagi, Lt Hamdi Ahmad Hanafi, 26, dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Affendi menghulurk­an sumbangan kepada balu mendiang Kayamboo, S. Usha ketika menziarahi anggota keluarga mendiang di kediamanny­a dekat Taman Sri Nibong, Sungai Nibong semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Affendi menghulurk­an sumbangan kepada balu mendiang Kayamboo, S. Usha ketika menziarahi anggota keluarga mendiang di kediamanny­a dekat Taman Sri Nibong, Sungai Nibong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia