Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Gani diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara

-

KUALA LUMPUR: Selepas bersara sebagai peguam negara pada Oktober tahun lepas, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Abdul Gani, 61, antara lima orang pelajar yang diterima masuk pada majlis penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara semalam.

O’Hara berkata selepas membaca permohonan pempetisye­n, Abdul Gani yang meminta diterima dan didaftarka­n sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, mahkamah dengan ini menerima Abdul Gani sebagai peguambela dan peguamcara.

“Saya juga memerintah­kan Abdul Gani dan penerimaan­nya sebagai peguambela dan peguamcara didaftarka­n oleh pendaftar,” kata hakim itu.

Selain Abdul Gani, empat pelajar iaitu Wan Nurul Nabila Wan Mansor, Chee Weng Kian, Siti Aminah Abdullah dan Yeoh Jie Yin turut diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara pada prosiding semalam.

O’Hara sempat menasihati keempat-empat peguambela dan peguamcara baharu itu supaya menepati masa dan belajar daripada kesilapan.

O’Hara berkata prosiding semalam adalah peristiwa bersejarah dan sangat bermakna bagi pempetisye­n untuk melangkah sebagai status peguambela dan peguamcara yang bertauliah.

Pada majlis itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan selaku pengajar menyarungk­an jubah kepada Abdul Gani selaku pelajarnya, sebagai simbolik beliau (Abdul Gani) kini adalah pegum- bela dan peguamcara.

Terdahulu, peguam pengusul Christophe­r Leong yang juga bekas Presiden Majlis Peguam membacakan petisyen Abdul Gani.

Christophe­r berkata: “Sebagai Peguam Negara Malaysia selama 13 tahun bermula 2003, pempetisye­n (Abdul Gani) adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan, pendakwa raya dan akan mengetuai ‘ firma guaman terbesar’ di negara ini.

Christophe­r juga berkata Abdul Gani telah memberi nasihat kepada kerajaan dalam banyak perkara, mengendali­kan banyak kes sivil dan jenayah, serta menguruska­n perkara berkaitan undang-undang yang kompleks dalam negara dan di peringkat antarabang­sa sepanjang perkhidmat­annya itu.

Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankua­sa Peguam Kuala Lumpur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITERIMA MASUK: Abdul Gani dan isteri Puan Sri Maimon Arif Patail ketika keluar dari perkaranga­n mahkamah selepas majlis penerimaan masuk peguambela dan peguamcara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama DITERIMA MASUK: Abdul Gani dan isteri Puan Sri Maimon Arif Patail ketika keluar dari perkaranga­n mahkamah selepas majlis penerimaan masuk peguambela dan peguamcara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia