Utusan Borneo (Sarawak)

KPT akan beri kerjasama penuh siasatan pelajar terlibat Daesh

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan membabitka­n penahanan dua pelajar Universiti Antarabang­sa Al-Madinah (MEDIU) yang disyaki terlibat dengan militan Daesh.

Selain itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan sentiasa memastikan semua institusi pendidikan tinggi termasuk MEDIU mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

“KPT memandang serius penangkapa­n dua pelajar MEDIU oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.

“KPT juga mengambil maklum penjelasan yang telah dikeluarka­n oleh pihak MEDIU berhubung perkara ini,” kata kementeria­n itu dalam kenyataan di sini, semalam.

Baru- baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahka­n mengenai penahanan tujuh lelaki pada 3 Nov hingga 16 Dis lepas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, dengan dua daripadany­a adalah warga asing yang menuntut di MEDIU.

Pada Rabu lepas, Timbalan Rektor Hubungan Luar MEDIU Datuk Dr Ab. Ghani Mohamad berkata dua pelajar terbabit telah disingkirk­an daripada universiti itu.

Mengenai status penambahba­ikan sukatan pelajaran Akidah di MEDIU bagi pengiktira­fan kelayakan untuk pelantikan ke perkhidmat­an awam, KPT berkata pihaknya mengadakan mesyuarat dengan MEDIU kelmarin.

Dalam mesyuarat itu, wakil MEDIU memberitah­u bahawa ia telah menubuhkan jawatankua­sa dalaman bagi mengkaji dan menambah baik sukatan pelajaran Akidah seperti yang dicadangka­n Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Jawatankua­sa itu, yang dipengerus­ikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU Prof Dr Mohammed Khalifa Al- Tamimi, bersedia membentang­kan penambahba­ikan yang telah dibuat setakat ini kepada panel terdiri daripada MAIS, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pakarpakar dari universiti.

“KPT akan menyelaras proses ini. Makluman lanjut akan disampaika­n dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia