Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita ditahan dipercayai hina azan, Islam menerusi Facebook

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita malam kelmarin kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan pada jam 8 malam di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat Kluang selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Dis lepas.

“Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalanka­n siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuska­n suasana tidak harmoni,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.

Beliau berkata polis akan mengemukak­an permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Katanya, polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgu­nakan mana- mana perkhidmat­an aplikasi media sosial bagi mengeluark­an kenyataan yang boleh menyebabka­n suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia