Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga keperluan sekolah diberi amaran

KPDNKK mendapati ada kenaikan harga pada keperluan sekolah terutama pakaian

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an memberi amaran akan mengambil tindakan atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.

Pengarah Penguatkua­sanya Mohd Roslan Mahayuddin berkata kementeria­n telah memeriksa pasar raya dan kedai dan mendapati kenaikan harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian sejak akhir tahun ini.

“Kami telah menjalanka­n operasi dan tinjauan harga di seluruh negara bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan mencatut barangan kelengkapa­n sekolah.

“Kami akan lihat dan siasat punca kenaikan itu sama ada berlaku kegiatan pencatutan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, semalam.

Jika didapati mereka mengambil kesempatan menaikkan harga barang kerana kanak- kanak kembali ke sekolah, pihak kementeria­n akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011, katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang memetik banyak ibu bapa

Kami telah menjalanka­n operasi dan tinjauan harga di seluruh negara bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan mencatut barangan kelengkapa­n sekolah. Mohd Roslan Mahayuddin Pengarah Penguatkua­sa KPDNKK

mendakwa harga kelengkapa­n sekolah untuk tahun ini meningkat sehingga 30 peratus.

Menurut laporan itu, jika sebelum ini ibu bapa memperuntu­kkan sekitar RM100 hingga RM150 bagi seorang anak namun pada tahun ini mereka perlu menyediaka­n lebih RM200 untuk membeli pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis.

Mohd Roslan berkata yang banyak naik harga ialah pakaian sekolah sementara beg dan peralatan sekolah dijual pada harga yang sama tahun lalu atau lebih sedikit.

“Kami siasat sama ada kenaikan ini adalah kerana jenama dan barang diimport,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata PPIM menerima lebih 60 aduan ibu bapa berhubung kenaikan 30 hingga 40 peratus harga barangan keperluan sekolah sejak bulan lepas.

Nadzim turut menggalakk­an badan-badan koperasi termasuk di sekolah menjual lebih banyak barangan keperluan itu dan dengan harga berpatutan.

Beliau berkata koperasi sekolah boleh membeli secara pukal barangan berkenaan dan menjual pada harga yang berpatutan.

Presiden Majlis Permuafaka­tan PIBG Nasional Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan menasihatk­an ibu bapa mengamalka­n budaya ‘mengitar’ semula barangan dan kelengkapa­n lama sekolah anak-anak.

“Dalam situasi masa kini, kita tidak perlu membazir dan ibu bapa janganlah ikut kehendak hati anak-anak yang berterusan mahu barang yang baharu, sebaliknya ajarlah mereka memahami keadaan dan belajar menggunaka­n barangan yang masih boleh dipakai,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata golongan ibu bapa yang ditemu bual Bernama berkata kenaikan harga barangan keperluan sekolah membebanka­n terutama bagi mereka yang anak ramai.

Normala Ali, 40, berkata dia memperuntu­kkan hampir RM1,500 bagi tiga anaknya yang bersekolah rendah dan menengah.

Katanya, sejumlah RM500 diperuntuk­kan bagi seorang anak bagi dua pasang baju, kasut serta beg dan peralatan bagi sekolah rendah harian dan agama.

“Itupun belum dikira lagi untuk sekolah menengah yang lagi mahal perbelanja­an selain duit buku dan sebagainya lagi,” kata pegawai kerajaan yang mempunyai enam anak itu.

Shuhaila Mohd Kamal, 35, pegawai kerajaan yang mempunyai empat anak, berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM500 bagi membeli pakaian dan peralatan sekolah bagi dua anaknya.

“Memang syahdu pergi ‘shopping’ baju-baju sekolah anak- anak baru- baru ini, sepersalin­an termasuk beg, alat tulis dah cecah RM200 dan ini tidak termasuk buku-buku sekolah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Mohd Roslan (kanan) melihat harga barang kawalan ketika membuat tinjauan kawalan harga musim perayaan Krismas dan jualan murah di AEON Cheras Selatan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Pencegahan, Perisikan Bahagian...
— Gambar Bernama PANTAU: Mohd Roslan (kanan) melihat harga barang kawalan ketika membuat tinjauan kawalan harga musim perayaan Krismas dan jualan murah di AEON Cheras Selatan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah Pencegahan, Perisikan Bahagian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia