Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan anggota keselamata­n dibela tanpa kira pangkat, darjat serta kaum

-

GEORGE TOWN: Pengorbana­n setiap anggota keselamata­n yang terlibat dalam nahas atau tragedi semasa mempertaha­nkan negara sentiasa dihargai dan kebajikan mereka dibela tanpa mengira pangkat, darjat atau kaum.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata nahas tidak memilih warna kulit, latar belakang kedudukan mahupun pegangan agama seseorang anggota.

“Ada masa dan ketika kita kena rapatkan barisan dan ketepikan pertimbang­an lain yang sempit dan lihat kepada mereka yang berkorban jiwa dan raga untuk tanah air kita yang tercinta.

“(Sehubungan itu) selagi saya diamanahka­n untuk memimpin Mindef (Kementeria­n Pertahanan) dalam hal yang berhubung kait dengan keselamata­n dan pertahanan negara, percayalah kita tidak bezakan warna kulit agama, kedudukan, darjat keluarga anggota,” katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, semalam.

Beliau meluangkan masa melawat dua daripada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) iaitu Kapten Wai Lik dan Sarjan Udara Mohd Sofi Azizan yang sedang dirawat di HPP selepas cedera dalam nahas pesawat Beechcraft B- 200T milik TUDM di Pangkalan Udara Butterwort­h petang Rabu.

Hishammudd­in berkata setiap nahas atau tragedi yang menimpa pasukan keselama- tan negara merupakan ujian dan dugaan yang mempunyai hikmah dan harus dijadikan iktibar untuk menyedarka­n kita agar tidak menumpukan kepada isu berkait dengan kebencian dan perpecahan semata-mata.

Beliau berkata aspek kebajikan anggota keselamata­n merupakan satu daripada agenda terpenting pihaknya dan ia termaktub dalam Program Hala Tuju Mindef tahun hadapan.

Katanya adalah menyedihka­n sekiranya kita hanya sedar akan kepentinga­n kesatuan dan perpaduan hanya ketika berhadapan dengan sesuatu nahas dan tragedi.

Dalam kejadian petang Rabu lepas, pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu terhempas berhampira­n Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterwort­h dekat sini.

Kejadian pada 5.18 petang itu mengorbank­an juruterban­g TUDM Mejar C. Kayamboo, 45, manakala tiga anggota lain cedera termasuk Wai Lik, 26, dan Mohd Sofi, 29, manakala seorang lagi Left Hamdi Ahmad Hanafi, 26, dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Difahamkan setiap anggota cedera menerima sumbangan RM10,000 setiap seorang dan kebajikan anak- anak anggota terlibat akan dibantu terutama dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an menjelang sesi persekolah­an tidak lama lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Hishammudd­in mengucup dahi anak mendiang Mejar C. Kayamboo, K. Indiran yang ingin menjadi seorang juruterban­g seperti bapanya semasa menziarahi keluarga itu di kediaman mereka dekat Taman Sri Nibong, Sungai Nibong dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Hishammudd­in mengucup dahi anak mendiang Mejar C. Kayamboo, K. Indiran yang ingin menjadi seorang juruterban­g seperti bapanya semasa menziarahi keluarga itu di kediaman mereka dekat Taman Sri Nibong, Sungai Nibong dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia