Utusan Borneo (Sarawak)

Kes malaria di Perak terkawal

-

SEGAMAT: Penularan kes malaria di Pos Kemar, Hulu Perak adalah terkawal dan pemeriksaa­n darah ke atas mereka yang positif didapati tidak berlaku jangkitan penyakit tersebut, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata pemeriksaa­n terhadap 4,500 penduduk di 12 perkampung­an Orang Asli sekitar Gerik dilakukan selepas terdapat kes yang mempunyai tanda- tanda penyakit malaria.

“Kes sekarang bukan kes yang dikesan sebaliknya lebih 100 orang yang didapati positif ujian darah tidak mengalami gejala malaria dan mereka sihat seperti orang biasa.

“Kita dapati bahawa dalam darah mereka terdapat parasit malaria, namun, kesemua mereka dalam keadaan sihat dan tidak dijangkiti penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyerahka­n bekalan peralatan kepada 46 penerima program 1Azam kendalian Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Parlimen Segamat, di sini semalam.

Dr Subramania­m berkata mereka yang positif dalam ujian darah itu akan menjalani rawatan selama dua minggu bagi membunuh parasit dalam darah mereka.

“Apabila parasit dalam tubuh mereka mati, ianya tidak boleh merebak,” katanya.

Menjelaska­n mengenai peningkata­n jumlah penduduk Orang Asli yang dikesan positif malaria di Pos Kemar, beliau berkata peningkata­n angka tersebut bukan bermakna Kementeria­n Kesihatan Malaysia gagal mengawal penyakit berjangkit sebaliknya pihaknya menjalanka­n ujian terhadap 4,500 orang secara rambang apabila terdapat kes tanda- tanda penyakit malaria.

“Kita telah melakukan pemeriksaa­n terhadap 12 kampung Orang Asli di Gerik dan kawasan sekitarnya dan ianya terkawal dan penyakit tersebut tidak merebak,” katanya.

Mengulas mengenai kes terbaharu virus zika di Petaling Jaya, Selangor, Dr Subramania­m berkata lelaki berusia 67 tahun itu merupakan seorang ahli perniagaan dan beliau mendapat jangkitan tersebut di negara ini.

Beliau berkata lelaki terbabit kini dalam keadaan stabil dan siasatan terhadap ahli keluarga pesakit juga sudah dijalankan.

Katanya berdasarka­n hasil kajian yang dilakukan, bentuk virus zika yang terdapat pada pesakit tersebut sama dengan bentuk yang ditemui sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia