Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalkan gaya pemakanan sihat semasa musim perayaan

-

KUALA LUMPUR: Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan di kalangan masyarakat semasa sebarang musim perayaan yang disambut sepanjang tahun di negara berbilang kaum ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata orang ramai perlu berhati- hati apabila mengambil makanan dan senantiasa mengamalka­n pemakanan sederhana dengan mengambil kira risiko penyakit jika mengambil makanan secara berlebihan. “Semasa musim perayaan, kita harus senantisa ingat bahawa kesihatan adalah nikmat paling besar. “Mari kita fokus pada kesihatan kita dengan mengamalka­n pemakanan secara sihat dan ketika menyambut Krismas dan Tahun Baharu,” kata beliau dalam ucapan semalam sempena Krismas. Subramania­m yang juga presiden MIC berkata, Krismas adalah hari yang amat bermakna dan penuh tradisi dan oleh itu hari istimewa ini perlu disambut bersama ahli keluarga dan rakan- rakan dalam suasana mesra. Bagi rakyat Malaysia, Subramania­m berkata, ia merupakan satu lagi kesempatan untuk berkumpul bagi mengukuhka­n perpaduan kaum dan persefaham­an agama yang telah lama terjalin dengan mengadakan ‘ rumah terbuka’ yang menjadi tradisi unik menyambut sebarang perayaan di Malaysia. “Saya ingin mengucapka­n Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut Krismas. “Semoga Tuhan memberkati keamanan dan kegembiraa­n dalam hati sanubari keluarga di Malaysia biarlah ini menjadi satu lagi kesempatan untuk semua rakyat Malaysia bersatu-padu dengan mengenepik­an perbezaan agama dan kaum,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia