Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung khas bantu keluarga pemilik rumah lelong

Kerana simpati Lee Hui Sen lepaskan rumah itu walaupun menang bidaan dan telah membayar RM44,500

-

KUALA LUMPUR: Sebuah tabung bantuan kewangan khas akan dilancarka­n bagi membantu keluarga pemilik rumah lelong yang viral baru-baru ini dalam usaha menyelesai­kan masalah pinjaman bank mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata tabung yang bakal dilancarka­n pada minggu depan itu akan diuar-uarkan kepada orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan kepada keluarga tersebut.

“Masalah keluarga ini masih belum selesai, saya difahamkan pihak bank yang terlibat tetap akan melelong rumah berkenaan bagi mendapatka­n baki pinjaman yang diberikan.

“Tabung ini akan dibuka kepada orang ramai atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurk­an bantuan, kami harap tabung khas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban kewangan dan menampung kos pinjaman bank keluarga tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Dalam satu posting yang viral di media sosial baru-baru

Kami juga bercadang untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada beliau atas nilai murni yang telah ditunjukka­n, ini merupakan satu usaha yang murni dan patut dicontohi oleh semua rakyat Malaysia.

ini, seorang individu yang dikenali sebagai Lee Hui Sen telah melepaskan rumah di Subang 2, dekat sini, yang dimenangi dalam bidaan selepas simpati melihat rumah tu masih diduduki dan terdapat pakaian budak sedang dijemur di luar rumah.

Lee dilaporkan telah membayar wang deposit pembelian rumah lelong itu RM44,500 sanggup mengalami kerugian asalkan penghuni di rumah itu boleh terus mendiami rumah berkenaan.

Beliau dikatakan tidak bertemu dengan penghuni rumah tersebut, sebaliknya hanya menyatakan hasratnya itu melalui sepucuk surat yang ditinggalk­an di rumah itu.

Pemilik rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai S, 47, dan Nor, 42, kemudian menyerahka­n surat tersebut kepada PPIM.

Sementara itu, Nadzim berkata pihaknya telah mencuba untuk mencari Lee semenjak dua bulan yang lalu namun usaha mereka menemui kegagalan.

Justeru, beliau meminta orang ramai atau anggota keluarga Lee yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukann­ya untuk menghubung­i PPIM.

“Identiti Lee masih menjadi misteri, buat masa sekarang kami tidak mempunyai sebarang maklumat ataupun rekod mengenai beliau. Perjumpaan denganbeli­au penting untuk membincang­kan penjaduala­n semula bayaran kepada bank,” katanya.

Nadzim berkata perbincang­an dengan Lee penting kerana statusnya ketika ini dikira sebagai pemilik rumah itu setelah beliau membuat pembayaran deposit rumah berkenaan.

Sehubungan itu, apa jua perbincang­an mengenai penjaduala­n semula bayaran kepada pihak bank perlu melibatkan Lee, katanya.

“Kami juga bercadang untuk memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada beliau atas nilai murni yang telah ditunjukka­n, ini merupakan satu usaha yang murni dan patut dicontohi oleh semua rakyat Malaysia,” katanya. — Bernama

Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia