Utusan Borneo (Sarawak)

Najib ucap takziah atas pemergian adik Zahid Hamidi

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapka­n takziah kepada timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta keluarga, setelah kembalinya ke Rahmatulla­h adik beliau, Ahmad Dzulfikri Hamidi.

Dalam catatan terbaharu di laman media sosial Twitternya semalam, Najib turut mendoakan agar roh Allahyarha­m dicucuri rahmat.

“Takziah kepada @Zahid_ Hamidi (Twitter rasmi TPM) dan keluarga atas pemergian adindanya, Ahmad Dzulfikri. Semoga Allahyarha­m dicucuri Rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib.

Ahmad Dzulfikri, 45, menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, jam 11.30 malam kelmarin.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi memberitah­u Bernama jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak selepas solat Jumaat semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia