Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemain bersaing merebut gelaran Pemain Terbaik Afrika

-

PARIS, Perancis: Pemain kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang, berkemungk­inan berjaya mempertaha­nkan anugerah Pemain Terbaik Afrika selepas berada dalam senarai pendek tiga pemain terakhir untuk anugerah itu Khamis lepas.

Pemain berusia 27 tahun itu akan bersaing dengan pemain antarabang­sa Algeria dan kelab Leicester City, Riyad Mahrez dan penyerang antarabang­sa Senegal dan kelab Liverpool, Sadio Mane.

Pemenang akan diumumkan pada satu majlis di Abuja, Nigeria pada 5 Januari depan.

Kemenangan Aubameyang tahun lepas menamatkan empat kemenangan berturuttu­rut Yaya Toure dari Ivory Coast.

Mahrez mempunyai peluang untuk mengatasi Aubameyang selepas satu tahun cemerlang di mana beliau membantu Leicester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam sejarah kelab dan juga menerima anugerah Pemain Terbaik England (Liga Perdana).

Pemain tengah antarabang­sa Zambia, Rainford Kalaba, penyerang Zimbabwe, Khama Billiat dan penjaga gol Uganda, Denis Onyango, adalah tiga calon untuk pemain terbaik Afrika yang beraksi dalam benua Afrika. — AFP

 ??  ?? DRAXLER
DRAXLER
 ??  ?? AUBAMEYANG
AUBAMEYANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia