Utusan Borneo (Sarawak)

Crystal Palace pecat Pardew

Allardyce dicalonkan ambil alih tugas selaku pengurus kelab

-

LONDON, England: Alan Pardew dipecat sebagai pengurus Crystal Palace dengan kelab ketika ini berada di atas zon penyingkir­an, menurut pengerusi kelab Liga Perdana Inggeris itu, Steve Parish Khamis lepas. Pardew, 55, membimbing Palace ke final Piala FA musim lepas dan tewas kepada Manchester United dalam masa tambahan namun prestasi kelab musim ini adalah buruk. Mereka hanya menang empat dari 17 perlawanan dan hanya sekali dari 11 perlawanan terakhir selain hanya satu mata di atas zon penyingkir­an. Calon awal untuk menggantik­an Pardew ialah Sam Allardyce, di mana tugas beliau sebagai jurulatih kebangsaan England hanya untuk satu perlawanan sebelum dipaksa meletak jawatan ekoran komen tidak wajar diberikan kepada wartawan yang menyamar sebagai bakal pelabur kelab. “Saya mahu merekodkan b a h a w a kami amat berterima kasih dan m e n g - hargai sumbangan Alan, semasa menjadi pengurus dan juga sebagai pemain di kelab ini,” kata Paris dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n menerusi laman sesawang rasmi kelab.

Parish berkata Pardew, yang turut pernah bermain untuk Palace dan menggambar­kan kepulangan­nya ke kelab apabila dilantik sebagai pengurus pada awal 2015 sebagai satu kepulangan, telah meninggalk­an warisan yang akan menguntung­kan Palace untuk beberapa tahun akan datang.

“Sepanjang tempoh dedikasi dan kerja-keras Alan di sini, beliau telah memperbaik­i begitu banyak bahagian di kelab dan kami mengharapk­an yang terbaik untuk beliau di masa hadapan,” kata Parish.

“Dengan perlawanan yang banyak sepanjang musim cuti Krismas, kelab berharap untuk meletakkan seseorang yang boleh mengubah nasib kelab dengan cepat tetapi kami tidak mempunyai sebarang komen tentang siapa pengganti ketika ini.”

Pardew, yang pernah membimbing West Ham United, Southampto­n dan Newcastle United, berkata ‘ ikatan istimewa’ dengan Palace tidak terjejas dengan pemecatan itu.

“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih dengan semua orang di Crystal Palace di atas sokongan hebat mereka,” kata Pardew.

K e d u d u k a n Pardew menjadi persoalan selepas prestasi hambar mereka pada separuh kedua musim lepas ketika pemilik baharu – konsortium dari Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Josh Harris dan David Blitzer – tiba. Pardew, dengan sejumlah 22 kekalahan perlawanan liga pada tahun ini untuk rekod keempat terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, tidak memberikan ‘bantuan’ kepada dirinya sendiri apabila berkata pada awal bulan Disember di mana pemilik dari AS tidak ‘tahu tentang bola sepak di England’. Pemecatan beliau sebelum jadual padat musim cuti K r i s m a s dan Tahun B a h a r u m e n g e - jutkan ramai pihak termasuk bekas p e n g e r u s i Palace, Simon Jordan. — AFP

Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih dengan semua orang di Crystal Palace di atas sokongan mereka. Alan Pardew Pengurus Crystal Palace

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia