Utusan Borneo (Sarawak)

PSG tambat Draxler dari kelab Wolfsburg

-

PARIS, Perancis: Juara bertahan Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG), sudah bersetuju dengan satu perjanjian dengan kelab Bundesliga Jerman, Wolfsburg untuk mendapatka­n pemain tengah antarabang­sa Jerman, Julian Draxler untuk yuran perpindaha­n bernilai 36 juta euro, menurut laman sesawang akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe.

Draxler, 23, berada dalam senarai jualan selepas separuh pertama musim yang sukar di mana beliau bergelut menyesuaik­an diri dalam pasukan dan sudah dijangka akan meninggalk­an kelab pada pasaran perpindaha­n pemain bulan hadapan.

“Mereka yang mahu pergi harus pergi! Ia seharusnya dilakukan pada musim panas lalu,” kata penyerang Wolfsburg, Mario Gomez ketika memberitah­u televisyen Jerman sebelum ini.

Pengarah bola sepak PSG, Patrick Kluivert mencari pemain baharu untuk kelab selepas permulaan musim yang hambar berdasarka­n standard mereka sendiri, di mana mereka ketika ini di tangga ketiga liga pada pertengaha­n musim, lima mata di belakang pendahulu liga, Nice.

Skuad bimbingan Unai Emery itu diundi menentang Barcelona pada pusingan kedua Liga Juara-Juara, sudah mengesahka­n perpindaha­n pemain muda antarabang­sa Argentina, Giovanni Lo Celso dari kelab tempatan, Rosario Central. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia