Utusan Borneo (Sarawak)

AS Roma rapatkan jurang mata dengan Juventus

Aksi Serie A Itali di antara skuad Spalletti menentang Chievo berkesudah­an dengan keputusan 3-1

-

MILAN, Itali: Satu tendangan percuma dalam separuh masa pertama dari Stephan El Shaarawy membantu AS Roma menewaskan Chievo 3-1, sekali gus merapatkan kedudukan di belakang pendahulu Serie A Itali, Juventus dengan kurang empat mata Khamis lepas.

Dengan Juventus tidak beraksi dalam liga minggu ini kerana terlibat dengan perlawanan Piala Super Itali menentang AC Milan tetapi berdepan perlawanan yang mudah di Crotone nanti, pencabar terdekatny­a, AS Roma dan Napoli sememangny­a mahu merapatkan kedudukan pada perlawanan terakhir mereka tahun ini.

El Shaarawy diturunkan dalam kesebelasa­n utama oleh jurulatih Luciano Spalletti dan bekas penyerang Milan itu membalas kepercayaa­n itu dengan gol cantik dari satu tendangan percuma pada minit akhir sebelum rehat untuk mengikat kedudukan selepas Jonathan De Guzman membuka jaringan buat Chievo pada minit

Pemain bermain dengan hebat malam ini (Khamis), dari minit pertama sehingga ke akhir. Luciano Spalletti Jurulatih AS Roma

ke-37.

Roma begitu bergaya selepas rehat dengan Edin Dzeko meletakkan Roma di hadapan buat kali pertama pada mini tke-52, yang juga gol ke-13 beliau musim ini.

Beliau kini hanya satu gol di belakang penjaring terbanyak liga, Mauro Icardi dari Inter Milan.

Dzeko mensia- siakan peluang awal untuk menamatkan saingan dan menyamai jumlah gol Icardi sebelum Diego Perotti melengkapk­an jaringan dengan satu tendangan penalti pada minit kecederaan.

Kemenangan ke-11 Roma musim ini mengukuhka­n kedudukan mereka di tangga kedua dan walaupun Juventus dijangka kembali menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tujuh mata apabila menentang Crotone pada perlawanan tertangguh, Roma berjaya menjarakka­n kedudukan dari Napoli.

“Pemain bermain dengan hebat malam ini (Khamis), dari minit pertama sehingga ke akhir,” kata Spalletti.

“Ada sedikit risiko selepas kekalahan kepada Juventus minggu lepas tetapi pemain mempamerka­n kebangkita­n luar biasa dan menunjukka­n bagaimana mereka mahukan kemenangan.”

Tendangan penalti lewat Manolo Gabbiadini menyaksika­n Napoli mengikat Fiorentina 3-3.

Napoli kekal di tangga ketiga tetapi tujuh mata di belakang Juventus dan tiga mata di belakang Roma. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KASIH SEMUA: Para pemain AS Roma meraikan kemenangan mereka selepas tamat aksi Serie A Itali menentang Chievo Verona di Stadium Olympic di Rome.
— Gambar AFP TERIMA KASIH SEMUA: Para pemain AS Roma meraikan kemenangan mereka selepas tamat aksi Serie A Itali menentang Chievo Verona di Stadium Olympic di Rome.
 ??  ?? COURTOIS
COURTOIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia