Utusan Borneo (Sarawak)

Holland tinggalkan Chelsea untuk bantu Southgate di England

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata beliau berasa sedih dan kecewa kerana bakal kehilangan penolongny­a, Steve Holland yang akan menjadi penolong jurulatih England sepenuh masa pada akhir musim Liga Perdana tetapi berharap beliau boleh mengekalka­n f o k u s membantu kelab pada baki musim.

Holland, 46, yang sudah menjadi kakitangan kejurulati­han Chelsea sejak 2009, bersetuju untuk menjadi penolong jurulatih kepada Gareth Southgate dalam skuad kebangsaan England pada hari Rabu.

Conte, yang membimbing Chelsea musim ini selepas menjadi jurulatih kebangsaan Itali, berkata beliau berharap profesiona­lisme Holland akan menghalang beliau untuk terlalu memikirkan tentang tugas menantinya bersama England berbanding tugas semasa di kelab.

“Sekarang, saya fikir ia juga penting untuk Steve memberikan fokus kepada kelab kerana musim ini sangat penting untuk kami dan juga Steve seorang jurulatih yang sangat profesiona­l,” kata Conte pada satu sidang media menjelang perlawanan menentang Bournemout­h Isnin ini.

“Ia penting untuk memberi fokus kepada perkara semasa. Saya memiliki barisan kakitangan kejurulati­han yang hebat. Ada semangat yang luar biasa di sini.”

Conte, yang tidak akan dapat menurunkan dua pemain utamanya kerana penggantun­gan – Diego Costa dan N’Golo Kante – apabila Chelsea memburu kemenangan liga yang ke12 berturut-turut Isnin ini, berkata beliau memahami kehendak Holland untuk menjadi sebahagian dari pasukan kejurulati­han England.

“Ia mengecewak­an kerana kami kehilangan beliau,” kata Conte, yang membimb- ing Itali ke peringkat suku akhir Euro 2016 sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Jerman.

“Tetapi saya juga boleh memahami pemilihann­ya, kerana dalam situasi ini, peluang seperti itu datang sekali seumur hidup dan ia adalah menjadi jurulatih atau penolong jurulatih negara kelahiran anda.

“Beliau banyak membantu saya ketika di Chelsea kerana beliau mempunyai pengalaman yang hebat di kelab ini.” — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia