Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid berminat untuk tambat Courtois

-

MADRID, Sepanyol: Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, difahamkan akan cuba mendapatka­n khidmat penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois, menurut laporan di Sepanyol.

Akhbar sukan harian Madrid, AS, melaporkan jurulatih Real, Zinedine Zidane, mengenal pasti penjaga gol nombor satu Chelsea itu sebagai sasaran utama dan juga gambaran di mana Courtois mungkin berminat untuk kembali ke Sepanyol.

Muka hadapan akhbar mendedahka­n Courtois adalah objektif utama pasukan dan juga “Real Madrid melihat beliau sebagai sasaran utama perpindaha­n”.

Courtois beraksi cemerlang untuk Chelsea musim ini dan tahap prestasi beliau itu juga bersamaan dengan kemenangan berturuttu­rut mereka.

Chelsea memenangi 11 perlawanan liga terakhir dan hanya bolos dua gol sepanjang tempoh itu untuk berkelebih­an enam mata di singahsana liga.

Secara keseluruha­nnya, Courtois, 24, beraksi 72 kali untuk Chelsea selepas tempoh pinjaman tiga musim di Atletico. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia