Utusan Borneo (Sarawak)

Dua atlet WTF sertai Terbuka Taekwondo Piala Krismas Taipei

-

KUCHING: Dua atlet Persatuan Taekwondo Sarawak (WTF), Tan Yen Ming dan Monica Sharma menyertai Terbuka Taekwondo Piala Krismas Taipei (WTF) bermula semalam hingga Ahad (25 Disember).

Kedua- duanya dipilih mewakili negara berdasarka­n pencapaian cemerlang pada Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Kebangsaan Taekwondo Malaysia (WTF) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Saya amat gembira dan berasa bangga selepas dua atlet berpotensi kita dipilih untuk menyertai skuad kebangsaan pada kejohanan antarabang­sa,” menurut Presiden Persatuan Taekwondo Sarawak, Mohamad Salleh Sani.

“Adalah sentiasa menjadi misi dan objektif persatuan untuk melatih dan membentuk atlet berpotensi melalui penyertaan dalam kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa.

“Sebagai tambahan, kita bukan sahaja berharap penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut dapat mempertaja­mkan lagi kemahiran mereka tetapi dapat memperbaik­i kelemahan dan meningkatk­an kekuatan atlet terutama sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujar beliau.

Salleh turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Persatuan Taekwondo Sarawak melahirkan ramai atlet taekwondo yang berjaya mewakili negara.

 ??  ?? SYABAS: Yen Ming (kanan) dan Monica bergambar bersama Pengerusi Teknikal Persatuan Taekwondo Sarawak merangkap Ketua Pengajar Tan Check Joon selepas sesi latihan.
SYABAS: Yen Ming (kanan) dan Monica bergambar bersama Pengerusi Teknikal Persatuan Taekwondo Sarawak merangkap Ketua Pengajar Tan Check Joon selepas sesi latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia