Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak hantar dua wakil bersaing dalam kempen Liga M musim depan

-

KUCHING: Sarawak bakal menghantar dua wakil untuk bersaing dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Ini selepas juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) edisi sulung, Kuching bersetuju untuk menyertai saingan Liga FAM 2017.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Rakawi Ibrahim ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Menurut Rakawi, beliau telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semasa perlawanan akhir Piala Datuk Amar Abang Abdul Rahman Johari 2016 pada Isnin lalu.

“Pada dasarnya, kita telah mendapat persetujua­n dari Datuk Amar Abang Johari untuk menyertai Liga FAM 2017 dan beliau turut bersetuju membantu Kuching mencari dana.

“Memang menjadi hasrat Datuk Amar sendiri untuk melihat dua wakil dari Sarawak bertanding dalam saingan Liga Malaysia.

“Kita telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan hanya menunggu lampu hijau dan sokongan daripada mereka untuk menyertai kejohanan tersebut,” katanya semalam.

Tambahnya, KDFA juga telah menghantar salinan surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) memaklumka­n persetujua­n Kuching untuk mengambil bahagian.

Menurut Rakawi lagi, pihaknya memerlukan sekurang- kurangnya RM2 juta untuk membolehka­n Kuching mengambil bahagian dalam Liga FAM.

Menyentuh mengenai persediaan skuad itu, Rakawi berkata pemain akan dipilih daripada pasukan yang terlibat dalan saingan Liga Kuching-LSC 2016.

“Kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincang­kan perkara ini dengan lebih lan- jut,” tambahnya lagi.

Kuching melakar sejarah tersendiri selepas dinobat juara edisi sulung Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) dengan menewaskan Padang Besar ( Perlis) 3- 1 pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Kuala Lumpur pada 28 Mei 2016.

Kejayaan itu membolehka­n Kuching dipilih secara automatik oleh FAM untuk menyertai Liga FAM 2017.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Gambar fail Rakawi (barisan kedua, lima kanan) bersama Exco KDFA dan pemain Kuching meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai saingan LBR 2015-2016.
RAIKAN BERSAMA: Gambar fail Rakawi (barisan kedua, lima kanan) bersama Exco KDFA dan pemain Kuching meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai saingan LBR 2015-2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia